''Sebuah kisah yang penuh dengan cita-cita dan cinta..
Perlukah aku menyahut kata hatiku..
Patutkah aku memaksa seluruh batinku untuk mengikut kehendak kamu..
Sanggupkah aku dan sukma ku untuk menahan rasa sayang itu supaya tidak hadir terus pada kamu..
Tidak......
Jangan kamu beri harapan pada cintaku..
Sedangkan kamu berada diawangan ciptaan palsumu..
Jangan kamu bermain dengan kata-kata dengan jiwaku..
Kerna aku tidak bisa untuk menolak segala kasih yang hadir dalam hati untuk kamu..
Aku merayu............
Bukan kamu yang aku impikan..
Bukan juga pertalian yang aku idamkan..
Aku hanya inginkan sayang dan kasih..
Aku hanya mau kamu untuk aku..
Untuk aku sanjungi..
Untuk aku pimpini..
Untuk aku dakapi di waktu kamu sedih..
kamu pernah karangkan pada aku..
kamu pernah memberi aku makna cinta..
“Cinta itu bukan suatu permainan..
Permainan yang bisa kita keluar dan mati sesuka hati..
Cinta adalah cinta..
Memang tidak akan ada siapa akan tahu isi hati cinta..
Kerana cinta adalah cinta..”
Dengan itu janganlah kamu permainkan cinta..
Cinta seorang pencinta..
Kerana pencinta miliki bisa cinta..
Bisa yang bisa membunuh segala rasa cinta..
Bisa yang bisa meracuni semua pecinta yang setia..
Aku tidak ingin segala hari yang aku ciptakan untuk kamu terbiar begitu sahaja..
Aku tidak mau segala curahan asa di persia..
Fahamilah aku yang ingin mencintai kamu..
Yang ingin mengharungi segalanya bersama kamu..
Hanya kamu di takhta selepas kecewa..
Aku tidak impikan kau sebagai bidadari syurga..
Aku tidak inginkan kamu adalah yang terbaik pernah aku jumpa..
Aku hanya ingin kamu..
Aku hanya ingin kamu yang bisa menyakiti dan mengubati hati ini..
Aku hanya mahu kamu yang bertakhta dijiwa...
Aku hanya inginkan kamu menjadi apa sahaja yang aku cita-citakan..
Kerana kamu adalah kamu..
seluruhnya untuk kamu dari aku..
seluruhnya untuk kamu....
pemilik jiwa chentaku...
Waktu gusar..0543''
,
- aku bace balik tulisan aku ketika hati jiwangkepaghat, memang macam kelakar. haha. tapi semua tu memang la benar. aku rasa idea aku akan menimbun2 mase aku tengah tertekan, bengang, marah, malu dan sebagainya la. kalau tengah biase2 je, idea tu macam taknak keluar lak.
kadang - kadang macam tu la manusia. mase susah baru nak cari punca kesenangan. baru nak cari benda yang baik-baik. baru nak mula dari permulaan. tu semua lumrah manusia. tapi tak tau la kalau lumrah manusia tu dah di ubah secara automatik(haha). aku pun sama gak macam tu. tapi nak buat macam mana kan. sesuai la macam pepatah melayukonik, dah terhantuk baru nak hantuk kuat-kuat kepala kat dinding(sebab bengap sangat).