Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Friday, March 21, 2008

Hari Jadi Nabi ker?

Maulidur Rasul sudah tiba dan berlalu. setiap manusia sepertinya menjalani kehidupan yang sangat biasa pada hari lahir nabi junjungan kita itu. orang yang pergi ke pejabat tetap seperti biasa menaiki kereta, menempuhi lampu isyarat dan berhadapan dengan kerja di atas meja yang banyak. orang yang belajar pula semestinya cuti, dan cuti itu di habiskan di atas tilam kolej ataupun hak milik sendiri dan ataupun sedang menelaah sebab sekejab lagi ujian akan bermula. ataupun yang sedang tidak tahu nak buat apa, tetapkan pendirian melepak dan melepek di atas kerusi hak milik awam itu.

aku lihat pada sambutan valentine day, meriah di mana-mana. objek berbentuk hati akan kelihatan di mana sahaja aku pergi.
aku lihat semasa tahun baru, hilang semua orang dari rumah. tapi aku jumpa mereka semua semula di satu tempat yang meriah sambutannya tak terkira.

cukup dua untuk aku kirakan. mungkin ini satu anjakan yang di lakukan. tapi, ini ke anjakan paradigma yang selalu di perkatakan setiap orang?