Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Thursday, February 12, 2009

tajuk

menanti senja ramadhan.

perkataan ramadhan taknak. tukar lain!


bro/sis, apa tajuk yang sesuai untuk menggantikan tajuk di atas tu?

Sunday, February 8, 2009

syurga bukan bawah tapak kaki ayah tapi...

seorang bapa tiri.

apa pandangan anda?

secara meluasnya dalam berita terkini tidak ada satu pun yang menyiarkan seorang bapa tiri menyelamatkan anak tiri perempuannya yang hampir lemas. ataupun seorang bapa tiri sanggup keluar pagi dan pulang petang untuk bekerja sebagai pekerja kontrak buat rumah tanpa bekal makanan ataupun wang di saku, hanya kerana untuk menyara keluarga dan anak tiri bersekolah.

tidak ada.

jadinya adakah bapa tiri ini satu gelaran yang menakutkan untuk anak-anak kepada balu?

fikirkan.

kandang kita.


Idea menulis yang terkeluar selepas meng iramakan tulisan blog dari batu jemala hady...


kadang-kadang

hidup kita penuh dengan terkadang

kadang-kadang
kita sendiri yang agak menghadang

kadang-kadang kita meradang
kadang-kadang kitalah dalang
kadang-kadang
kita juga yang menjalang
tapi kadang-kadang
orang salah tanggapan

kadang-kadang
jauh kita ke depan

kadang-kadang
tertinggal sayup di belakang

kadang-kadang
ada juga yang menyimpang

kadang-kadang
ada juga yang main belakang

kadang-kadang terkadang

kadang-kadang menghadang

kemajuan yang ke belakang

kadang-kadang akhirnya kita
hanya di kandang......