Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Thursday, February 5, 2009

berpada-pada


hari ini telah terniat dalam hati bahawa aku: tak nak pergi kelas.

satu hari full.

sebab sampingan, semalam balik lambat sebab abang buncit main macam belakang parang.

hahahaha

dan sebab tiba-tiba ada: kebetulan pula ada orang telefon aku nak cakap fasal perkara yang fenting.

takdir baik namanya. alhmadulillah.

hehehe

sebenarnya kadang-kadang benda yang tak baik kita buat tu, ada hikmahnya yang baik. tuhan kan Maha Adil. jadi jangan risau. yang penting buat sesuatu berpada-pada.

baik ataupun buruk.

baru orang nampak. paling sikit pun macam hero.

Tuesday, February 3, 2009

kehidupan sahsiah.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. itulah kata-kata yang paling sepadan dengan keadaan aku sekarang. kawan datang, masalah sama. masalah sendiri pun sama dengan masalah kawan. pening jugak kalau macam nih. bukan nak mengeluh tapi, memang dah mengeluh pun nih. nak mengelak tak bek. tuhan kata terima dan atasi takdir sebaiknya. 

tengah terima la nih.

Aku ada dengar, kita boleh lari dari takdir. tapi bukan lari sekeliling padang. lagi dari takdir buruk ke takdir yang baik. lari tu bermaksud mengubah. mengubah takdir diri sendiri la. tapi, kalau dah hari-hari buat benda tak elok je bila masa lah tuhan nak bagi benda yang elok kat kita nih. nak taknak, kena ubah perangai muhasabah diri lah. tak apa la, nanti tiba masa datang hari, elok2 aku buat apa yang elok. baru cantik nanti orang pandang kita walau sebelah mata pun.


kenal diri

dalam diri sendiri ada khatulistiwanya tersendiri
antara menegak ataupun melintang
antara di utara ataupun di timur
ataupun menyimpang dari arah sebenar

arus-arus yang menarik juga ada terserap dalam diri masing-masing
ada arusnya yang deras
ada arusnya yang bergelombang
ada juga yang tenang tetapi perangkap di dalamnya

jangan samar-samar api menyapa hati yang membara
nanti merebak ke dalam serabut pemikir pula
bertujah garisan akhir kesabaran
memecahkan kerinduan dan keberahian iman di hati