Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Monday, April 27, 2009

dan sebenarnya

Semalaman aku bersama angin bertiduran. Menghayati irama mimpi yang semakin menipu aku. Tentang bayang-bayang dan panorama indah. 3 kali mimpi aku menguis-nguis kisah lama. Kau tahu, sambil mendengar lagu yuna dan sebenarnya, faizal tahir bercinta dan pretty ugly bidadari, aku menutup mata sambil berkata,

"celaka punya mimpi. jangan ganggu aku lagi."

lepas itu, aku cuba pula nyanyi bersama Sony Ericsson K660i seperti ini. Cuba ikut Yuna bernyanyi,

Siapa yang berjalan disebelahku
sambil berpimpin tangan
memandang ke langit biru

dia memercik air jatuh ke kelopak bunga
dan berkata aku ingin jadi milik kamu

berkedip hati berbunga-bunga
menerawang segala rasa-rasa
sehingga suatu masa kau berkata semula

cinta, aku benci pada cinta
cinta cemburu melulu-lulu
tiada rasa lagi kasih kelopak bunga
oh sedihnya

aku bagai menulis tanpa rasa
menangis tanpa irama.


p/s: ada kawan aku duduk sorang2 kat rumah dia. tapi aku takut nak ajak makan sama2 sebab nanti kang ada yang buat gosip. haha.