Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Wednesday, December 31, 2008

Telungkup

Hari terakhir untuk berteleku kepada wang. Sedang menanti untuk teleku seterusnya kepada ilmu.


Haha. Sasteranya hidup manusia.

Friday, November 14, 2008

lompat si katak lompat

Lompat lah sama-sama.
Cepat lah kawan cepat.
Jangan lah lagi duduk di takuk lama.

Isnin depan aku sudah mula untuk menemui hidup baru di tempat baru. Kerja baru tu boleh dikatakan hidup baru la. Heheh. Sem ni juga aku telah jalani hidup yang agak baru ataupun dalam erti kata yang lain, hidup dengan formula yang lebih memajukan diri dari rohani.

Kadang-kadang kita hidup sebagai manusia memang harus ikut hukum2 dunia yang telah ditetapkan. Riba, rasuah, menipu, itu semua hukum dunia. Lagi2 kalau kita ditakdirkan hidup sebagai orang yang mengarah orang untuk orang yang atasan. Orang tengah la maksudnya. Memang tak nak semua tu, tapi kalau difikirkan balik, ini luck kita. Rezeki itu dah ditentukan untuk kita. Jadi nak taknak, kena terima jugak.

Kalau sudah diberi, takkan kita nak menolak. Itu namanya menolak rezeki. Tapikan, senang kita mesti ada yang datang bagitahu tak puas hati. Kawan-kawan pun kalau dah dia kerja di bawah kita, takkan nak gaji sama taraf lak. Tak adil macam tu. Kita penat-penat cari job, lepas tu bagi dia job lagi, tiba-tiba dia cakap mahu gaji sama nilai. wadehek.

Apa-apa pun aku tak kisah. Aku buat2 relaks je.

Kawan si kawan lompat, lompat la tinggi-tinggi..




Antara rakan-rakan blogger yang suka melompat. Paling bawah wajah di sensor kan pakai kepala lutut je.

Thursday, November 13, 2008

kerja kerja kerja - meet uncle hussein

Sambil menaip, sambil2 tu jugak kaki aku berdenyut2 lenguh katanya. Padahal hari ni aku rasa berjalan kurang. Tapi tak tahu la kenapa dia nak denyut2 lak. Nak bermanja la ni kaki aku. Citt.

Lepas ni mungkin aku akan lebih sibuk lagi. Walaupun bukan waktu aku untuk di praktikal kan, tapi aku tetap mengambil peluang cuti ni untuk meng kerja kan diri aku ni. Alhamdulillah aku sudah dapat job yang agak memberangsangkan. Moga2 menjadi job ni. Sem depan pulak aku ada job tersendiri. Haram dan halal. Dua2 aku buat.

Selain dari tu, video pendek aku dan Rakan Taufan on the way mahu siap. Dah lama terperuk tanpa di edit dalam lappy Amer Zaman. Aku dah edit offline dengan online. Tapi online tak siap habis la sebab tak sempat. Mungkin nanti Amer yang akan ending kan semua tu. Harap2 menjadi la walaupun sememangnya dah jadi. Hehehe. Kurang memuaskan tu dah lumrah. first out put dari aku la katakan. heh.

Lepas siap yang tu, mungkin sem depan akan ada satu lagi video pendek dari aku dan Rakan Taufan. Tapi tak tahu antara aku yang mengarah atau orang lain. Tak kisah, yang penting ada produk yang dihasilkan untuk sem depan. Nak hantar untuk fakulti, tapi rasa belum yakin lagi. Tunggu la lepas hasil2lan yang ke lima enam.

Kaki aku ni makin lama makin berdenyut kencang pulak.

Eh, jangan lupa singgah blog kawan aku. Dia tukang tangkap gambar untuk apa2 event, terutama majlis perkahwinan. Sesiapa yang rasa2 nak perkahwinan dia nanti nak di gambar2kan, contact je kawan aku ni. Mana2 pun dia buhleh pigi- dia kata camtu la..

Ni ha blog rasmi dia - faifoto.blogspot.com

K chalow.

Tuesday, November 11, 2008

Kotak misteri.rumah kawanku.

Hari ini sebenarnya hari ke lima aku menetap di puncak perdana tanpa sebab. Nak katakan assignment belum siap, dengan assignment mybalkes aku dah settle kan. Nak kata tunggu sesiapa, siapa pulak aku nak tunggu? Kesimpulannya dah lima hari aku kebosanan di dalam kepompong puncak perdana ni. Tapi nasib baik hari ini aku tiba-tiba semacam rajin taik kambing. Boleh pulak pergi library pagi-pagi buta ni-pukul 10pagi kira buta lagi la.

Tapi semalam ada cerita menarik yang aku alami. Selama dua tiga hari lepas, rumah sebelah rumah aku kononnya ada gangguan makhluk halus. Semua penghuni rumah tu dah berpindah. Dan rumah itu pun jarang-jarang orang lain nak masuk. Tapi semalam disebabkan pukulan aura bosan tahap pundiwk gelimat, aku pun masuk rumah tu dan buat kaji selidik. Selidik punya selidik, aku ternampak satu benda di atas siling bilik air rumah tu.

Aku terkejut!

Tapi aku buat2 relaks. Lepas tu aku panggil kawan aku yang merupakan penghuni rumah itu sebenar untuk melihat apa yang sesuatu di atas siling bilik air tu. Tengok punya tengok, rupa2nya kotak. Aku relaks lagi. Kawan aku tadi bagi cadangan suruh aku turunkan kotak misteri tu. Aku buat2 relaks lagi. Dalam hati memang sudah sumpah seranah mamat jambu member aku tuh dengan alasan kenapa tak dia je yang pi ambil kotak misteri tu. Lalu nak dijadikan cerita, aku pun buat2 berani panjat dan amek. Baru je aku nak bawa turun....

dumm!!

Lobos daa kotak tu. Terkejut kambing biri2 aku kat situ. sudah la bilik air tak ada lampu, licking pulak paip saluran kumbahan rumah orang atas. Tapi apa2 hal pun aku buat2 relaks.
Lepas je aku tarik kotak tu, aku ternampak ada lagi 2 kotak misteri kat atas bilik air tu. Makin menimbulkan tanda tanya dalam kepala otak aku. kawan aku tiba2 menyampuk,:

"entah2 benda ni yang buat bilik air ni berhantu..."

Sudah la aku yang panjat sorang2. Boleh pulak dia cakjap benda yang tak sepatutnya dalam kegelapan waktu tu. Nasib baik aku buat2 relaks. Jadinya tak ada siapa2 pun yang injured kena sliding dengan aku malam tu.

Aku rasa nak ambil bawa turun kotak2 yang ada lagi tu. Tapi apa2 hal pun aku nak tengok dulu apa yang ada dalam kotak yang pertama ni.

Dengan penuh excited untuk kali ini aku membuka kotak tu. Walaupun excited, tapi aku buat2 relaks. Buka punya buka, korang tau apa yang ada dalam tu?


Nantikan episod seterusnya....................

Saturday, October 25, 2008

Penat

Sangat penat untuk hari semalam dan suku hari ini.

Tambah lagi dengan sekejap lagi punya penat nak datang.

Study week penyelamat tenaga aku...






Siapa rasa malas buat assignment lagi, mari bagi aku siapkan.

Memang ak
u sangat rajin.

Wednesday, October 22, 2008

Ada hikmah kerana bencana sebenarnya.

Apabila kau cuba untuk meludah, lihat-lihat dahulu orang kiri dan kanan kau. Takut-takut dia pandang hina ataupun nak termuntah.

Apabila kau ingin terbersin, lihat-lihat dulu di mana kau berada. Takut-takut nanti orang kata kau dengki ataupun larikan diri pula.

Apabila kau mula rasa mahu terbatuk, lihat-lihat dulu siapa dirimu. Takut-takut orang menghina atau menyindir lagi.

Tapi jangan takut apabila kau rasa kau berguna. Tidak payah lihat-lihat lagi. Pasti ada orang yang akan menggunakan dirimu untuk kebaikannya.



peribahasa John Melawi,
"buang sampah bukan dalam makanan, tapi dalam tempat yang sepatutnya. Jangan sampai tukang masak datang depan mencela."


Tuhan jadikan bencana kerana hikmah akan diturunkan sebenarnya.


Tuesday, October 7, 2008

penghuni hati sudah mula kembali, menghentak-hentak kaki menunjuk perasaan, birat birat pandai pula berselirat kemas, menyusun kata agar....

......tidak tersimpul lidah.
mengucapkan penipuan,
mengeluarkan dakyah imunan,

sudah ditusuk dan di bakar-bakar,
segalanya sudah pun di pulas dan di peliat,
agar mudah nanti dapat loloslolos dari perkiraan semasa,
terlepas dari dunia bukan dunia hakiki.

hamburkan semua keluarkan
katakan apa yang ingin kau muntahkan
nanti tidak merdeka pula bintik bintik hitamyang sudah lama timbul
dan berlubang di lantai hatimu





perasaan pemikir limited

perasaan pemikir II : amarah.

salam eid mubarak.
selesai sudah satu ujian dari tuhan selama sebulan. dan datanglah kembali ujian yang sama beratnya sebenarnya dengan ujian sebulan itu. cuma ramai makhluk tuhan yang bernama manusia ini tidak sedar. biarkan lah.

seribu satu macam dan perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas raya ini. segala perkara berhikmah tuhan anugerahkan kepada hamba-hambanya. Alhamdulillah kepada yang mampu menempuhinya. kepada yang hampir berputus asa, teruskan keputus asaan itu jika mahu jatuh ke jurang sana.

mungkin ada hikmah yang tuhan ingin kirimkan kepada aku kerana telah memutuskan bahawa perayaan aku tahun ini tidak bertemu ketupat dan rendang di pagi hari namun hanya biskut kering meri. aku bersyukur walau sebak dan air mata melonjak-lonjak ingin menghambur.

tak mengapa, johor bagaikan sekangkang kera sahaja. minggu lain nanti sampai lah juga.

pejam celik pejam terkejut, habis sudah cuti beraya selama seminggu. mereka-mereka yang pulang ke kampung kembali dengan selamat. Alhamdulillah. dan sahabat aku juga, pulang dengan kuih raya dan sarat cerita. separuh saratnya tentang perasaan. perasaannya yang lama sudah terpendam dalam-dalam.

aku kadang-kadang tidak mengerti tentang perasaan pemikir ini. bahkan perasaan manusia berdarjat kelembutan ini. mungkin aku sebenarnya memang tidak bijak. tidak bijak untuk mengatur isi pemikiran aku agar mengerti semua itu.

entri ini bukan dituju khas untuk sahabat aku. tapi ditujukan kepada manusia berdarjat kelembutan itu. semuanya yang terlibat. perasaan bukan bahan mainan. bukan juga bahan tarik-tarikan. tidak mahu, buang sahaja. biar perit sakit sekarang, jangan melarat merana berpanjangan.

seminggu hidup tanpa manusia yang cukup banyak. banyak juga pengertian perasaan yang aku dalami. sunyi, takut, seram, sedih, teruja dan sebagainya. mungkin kamu yang terlibat semua harus tahu dan belajar tentang perasaan itu.

bahagia bagi yang memahami dan pergilah mati bagi yang terpinga-pinga. boleh??

Saturday, September 20, 2008

perasaan pemikir.

Apabila manusia cuba mencambahkan perasaannya sama seperti dia ingin mencambahkan pemikirannya.

Sangat berbeza kerana perasaan adalah perasaan dan pemikiran disebabkan perasaan.

Atau perasaan disebabkan pemikiran?


Tidak mengapa, setiap orang ada hak untuk bersuara.

Tapi apabila manusia sepenuhnya diberikan hak untuk bersuara, jadinya lain pula. Seperti anjing yang apabila seekor menyalak, sekelilingnya juga ingin menyalak. Malah lagi ingin lebih kuat dan hebat nyalakannya.

Biasalah, binatang. Bukan manusia.


Kita bercakap tentang perasaan. Tentang perasaan yang selalu dipermain dan selalu dipertikaikan. Saya bukan seorang pelajar yang terpelajar untuk bercakap hebat. Kerana itulah kadangkala setiap perasaan saya tidak dapat di visualkan ataupun di monolog luarankan.

Seperti apa yang dikatakan seorang pemilik blog ini, "kita kadang-kadang ada suara yang tak boleh disuarakan - kasihan, binatang pun bebas untuk menyalak dan bersuara". Jadinya adakah lebih baik jadi binatang dari jadi manusia?


Ini adalah dari kata-kata tuhan. Manusia adalah makhluk ciptaannya yang paling sempurna. Ia menjadi sempurna kerana adanya perasaan dan akal.

Indahnya apabila perasaan yang sememangnya indah itu dapat dipenuhi segala permintaannya. Tidak ada had dan sempadan seperti inthernet jika serve melalui streamyx.


Perasaan dan pemikiran.


Dalam dua hari, saya telah mendengar 3 kisah sedih tentang perasaan manusia yang dipermainkan. Kasihan mereka. Mereka tidak seperti binatang yang tak perlu untuk memikirkan semua itu. Yang tahu hanya sodok dan pancut.

Untung mereka bukan binatang.


Ahhh.

Indahnya perasaan itu jika tidak perlu untuk memikirkannya.

Saturday, September 13, 2008

Aamin.

Aku tiada idea.

Sudah berlamaan aku tidak menulis karya.

Sebaliknya menulis beban rela paksa.

Aamin.

Sunday, August 31, 2008

Untilted

Kala manusia bergembira, mereka bertasbih.

Ketika manusia tidur, mereka bertafakur.

Semasa manusia bertelagah, mereka bersujud.


Semasa mereka kesakitan, manusia sebenarnya sedang beribadah.


Semasa mereka kepanasan, manusia sebenarnya sedang memperhamba kepada yang Esa.


Aamin Tuhan Yang Bijaksana.




SelamatkanLAH.

Friday, August 29, 2008

politik muntah. iyyerrkk!!

Semua!

Mari-mari dekat-dekat. Aku mahu beritahu suatu yang terbaru berlaku.

Tapi, bukan sangat terbaru sebab, sudah lama ia berlaku tapi semua

buat-buat tak tahu.

Mari-mari. Dekat lagi, dekat lagi.

Zaman sekarang orang sudah tak pakai timbang dua pukat. sekarang

sudah maju. Sudah ada timbang elektronik. Bulan pun sudah ada dua.

Kadang-kadang tiga. Sebab itu roket senang saja nak sampai ke bulan.

Jangan pergi dulu. Cerita belum habis. Dekat lagi sini.

Itu baru satu hal. Sebelum ini orang percaya tradisional itu lebih baik

dari teknologi kini. Tapi itu sebelum anak pembangunan suka main

bunga api. Lepas dia suka main bunga api, orang semua mahukan

perubahan.

Perubahan yang macam mana? Bunga api punca perubahan?

Sshhhhh...Jangan cakap kuat-kuat. Nanti kena tangkap liwat. Eh, silap.

Khalwat.

Kasihan pakcik itu. Dia baru jadi pesalah sudah bersalah lagi. Kasihan

aku, ragu-ragu dengan propaganda dan konspirasi yang sebenarnya

dan utamanya ada "apakah" dan "adakah".


Sudah-sudah. Bubar-bubar. Mereka hampir tiba menyerang. Bubar!!

Thursday, August 28, 2008

Konspirasi-Tidak-Perlu-Konspirasi

Konspirasi. Ini semua konspirasi.

Sebentar.

Apa itu konspirasi? Sejenis hiburankah ia?

Konspirasi sejenis hiburan. Sepatutlah agak besar bonjolan-bonjolan yang suka melakukan konspirasi.

Ya. Hidup memang penuh dengan konpirasi. Hidup aku jua. ada konspirasi. Malah aku tergolong dengan satu konpirasi yang positif.

Tahu apa?

Ini dia. Konspirasi-Platipus-Putih.

Itu satu kumpulan baru(tapi lama) dalam dunia blogos ini.

Aku ingin semua tahu tentang ini.

CPK, bantu aku ya. :)

Monday, August 25, 2008

wanita itu anugerah.

19 Keistimewaan Wanita


Empat Wanita Mulia Di Sisi Allah Tuhan Maha Semuanya.


Allah Sempurna!

wanita itu anugerah dan anu.

Wanita adalah tulang belakang seorang lelaki. Lelaki pula adalah kebanggaan seorang wanita. Seorang anak perempuan pasti akan lebih rapat dengan ayahnya dan seorang anak lelaki pula semestinya rapat dengan ibu tersayangnya. Tapi dalam satu masa wanita tetap menjadi tunggak kasih sayang untuk segalanya. Ibu wanita dan anak perempuan juga wanita.

Anda tahu wanita mempunyai kelebihan yang banyak untuk menuju dan pantas berjumpa dengan Tuhan Yang Baik. Tuhan anugerahkan pelbagai cara untuk kaum wanita mengumpul seberapa banyak bekalan untuk berjumpa denganNya nanti. Sungguh bertuah wanita ini. Bertuah sehinggakan syurga ita juga di bawah telapak kaki wanita.

Wanita itu satu anugerah. Dia yang menjadi hasbab kita terlahir di dunia ini. Dia yang bersusah payah untuk membersihkan najis di dubur kita. Aduhai harmoninya sebutan wanita ini. Wanita mulia untuk ke syurga. Indah! Sehinggakan lelaki cemburu dan ingin menukar jantina menjadi lelaki.

Tuhan Maha Sangat Pandai. Tuhan mencipta wanita untuk memberahikan nafsu lelaki yang satu ini. Indahnya wanita sehingga jarang sekali kita mendengar cerita bidadara di dalam syurga. yang pastinya hanya bidadari yang akan selalu terpacul dari mulut orang seperti John Melawi mahupun orang yang memakai serban di kepalanya.

Namun sebenar-benarnya Tuhan memang Bijaksana. Tuhan melakukan kerjaNya dengan begitu Menerujakan sekali. Keindahan wanita tetap ada keburukannya. Rumah merah di penuhi lelaki tidak kurang juga wanita yang melayani. Kelab-kelab dipenuhi kaum kemaluan leper dan siap di berikan keistimewaan untuk hari mereka lagi. Indah juga wanita di mata syaitan itu kan.





Indahnya wanita!


rakusnya dunia!!

Wednesday, August 13, 2008

siapa engkau anuar ibrahim?!!

Aku tersedar kembali apabila terbaca artikel dari theindiestory. Aku benci akan propaganda busuk. Baik kamu baca tulisan di sini

Aku sebenarnya sudah lelah menulis tentang politik dan perkauman ini. Lesu sudah memikirkannya. Tetapi mengapa dan kenapa ada lagi yang tidak putus-putus ingin melihat melayu bangsa sendiri terus terjunam kebawah.

Fikirkan lah untuk jangka masa yang panjang wahai orang yang di fikirkan bijak dan tersangat pandai, bahawa suatu hari nanti pasti akan bukan bangsa melayu yang memerintah tanah melayu jikalau perkara yang berlaku kini berlanjutan dan termakbul pula.

Tidak fikirkah kamu semua ahli - ahli bijak dan terlalu pandai? Atau pun engkau sebenarnya tali berbarut yang takkan putus dari perut bangsa berbelang itu?

Keistimewaan tetap keistimewaan. Bukan boleh bertukar menjadi bahagi sama rata atau apa-apapun. Sila faham sebaik-baiknya, KEISTIMEWAAN! Bukan pemberian atau apa-apapun.

Aku ingatkan kepada yang bukan berusaha untuk membangunkan MARA ataupun UiTM itu, jangan sesekali untuk sesuka hati untuk berbuat sesuka hati. Kami memang akan terus diam. Tapi diam kami pasti tidak akan lama. Jangan sampai sebelah kaki pun berbelang bangsa itu tidak mampu untuk masuk. Termasuk tenaga pekerja ataupun sesiapa sahaja.


Hati aku masih berbekas kesal dan keras.




Terima kasih keras.

mencarut untuk kemenangan sebenarnya

"Inilah kesah sa-orang pen-charut yang sedang men-coba men-chari pengertian hidop dalam mashyarakat internet dan donia di sekelilingnya..cha-rut tak ber-arti benci tapi tak juga menyatakan sayang..cha-rut kerana ingin meluahkan hati dan perasaan juga pemikiran."


ini apa yang dikatakan CPK.


lebih santai di fahami dengan begini:

carut dilontarkan kerana ingin meluahkan hati dan perasaan juga pemikiran.


baik.


penat pula terasa semester ini.

mahu tidur.


salam ngantuk.




Saturday, August 2, 2008

anugerah kepada batang.

Fasiq kepada Dian.

Projek pertama Rakan Taufan. Mungkin berjaya ataupun sangat berjaya. Mungkin juga hancur ataupun orang akan bertanya begini:

"Cerita apa ni?"


Baik.


Kita cuba beralih kepada yang lain kerana aku tidak suka di tanya fasal di atas.


Semalam aku dan rakan taufan yang lain telah sekali lagi berjaya memacakkan Wayang Pachak. Pertama kali ketika kami memacakkan benda itu, pada pertengahan tahun ini (baca:3 bulan lepas).

Baik.


Kita cuba untuk ke lain hal pula.

Kamu tahu tentang emosi? Emosi yang tidak lansung ada yang mampu untuk menahaninya?

bukan emosi marah ataupun emosi pundi. Ia adalah bukan juga emosi kasih dan sayang. Pasti kamu ingin tahu apakah emosi yang di perkatakan oleh aku ini.


Tahu emosi pendalaman? Emosi dalam seluar? Emosi kebijakbinatangan? Kedua-duanya adalah satu sahaja sebenarnya.

Seluar yang bijakkebinatangan.


Menangis juga akhirnya walaupun kau pengawal emosi.


Otak yang di letakkan di dalam seluar dalam. Benda panjang yang di anugerahkan otak. Jadinya berfikir untuk melodos ke dalam apa-apa tidak kisah.

Lodosan kecil pun tidak mengapa. Yang penting akan lodos.

Bijak akal di benda panjang.



Tahniah Pakcik.






Bapa adik sial.

Thursday, July 24, 2008

antara yang mana satu?

antara puitis dan kawan-kawan. yang mana satu menjadi pilihan?

antara ikhlas dan kecantikan. yang mana menjadi idaman?

antara kaya dan setinggan. yang mana di pandang?

antara matang dan gila-gila. yang mana menjadi taruhan?

antara baik dan berpura-pura. yang mana diperkotak-katikkan?

antara hamba dan majistret. siapa lagi berkuasa?

antara kain pelikat dan kabur. apa yang lagi berjaya?




antara huruf besar dan huruf kecil.

itu sahaja.


Saturday, July 19, 2008

melayu dulu, kini, dan tak selamanya.

Salam semua. Bagaimana dengan hidup sekarang? Semakin senang atau lenang di buai buaian gantung?
Manusia akan leka juga suatu hari nanti walaupun hanya sekitar sesedut udara.


Sekarang hidup semakin pesat dengan masalah dan peraturan yang semakin memaksa untuk kita berdiri tegak. Aku juga begitu. Terasa tiada lagi masa untuk duduk sebentar di atas jongkang jongket dan menghayunkan jasad di atas gelongsor pusing pening.

Semua apa yang kita idamkan haruslah berlaku dengan laju dan pasti masih laju walaupun ada pepatah yang mengatakan biar lambat asal selamat. Sebab biar lambat asal selamat lah negara kita hari ini jadi kucar-kacir. Terlalu lambat penghakiman untuk menentukan kesahihan kesalahan orang yang memang bersalah. Sudah terang lagi di pasang lampu sukan.

Satu benda yang aku ingin tanyakan kepada kamu, adakah kamu tidak penat?
Pasti kamu sangat penat ataupun kamu memang tidak penat sebab hanya duduk dibelakang sahaja ketika menaiki kereta panjang.



Baik.


Aku sendiri sudah lelah dengan kata-kata dari kandang menteri yang selalu dan sering mengkucar-kacirkan lagi suasana damai tanah tumpah darah ibuku ketika melahirkan aku. Aku benci politikus membangkai.

Revolusi mungkin sedang mengatur langkah untuk menceroboh ataupun menyelusup jernih ke dalam negara Malaya ini. Tapi revolusinya jenis apa? Mahu jadikan Malaysia seperti negara yang miskin itu? Nak kuatkan tanah ini seperti tanah itu yang banyak orang kuat bergelar chicken dan taiko itu? Jangan cuba-cuba mencuba ya. Titik.

Aku masih ingat betapa tinggi,besar, panjang, jauh dan apa lagi yang menggambarkan betapa banyaknya pengorbanan orang kita yang pasrah untuk menaruhkan segalanya untuk mempertahankan tanah air untuk melayu kita. Maaf, aku bermain kata untuk bangsa.

Kenapa mereka tiada rasa takut untuk masa yang lebih panjang nanti? Aku sebagai orang bawahan di dalam hirarki kurang ataupun tidak mengerti apa yang cuba dirancangkan oleh mereka-mereka itu. Jika ikut apa yang difikirkan, memang tiada kesejahteraan masa akan datang nanti. Cuba anda fikirkan suatu hari nanti apabila 70% tanah Malaya bukan milik anda yang sebangsa saya? Maaf orang setaraf dengan saya namun tidak sebangsa.

Siapa yang bersalah agaknya?
Siapa yang tersenyum agaknya?
Siapa yang melutut nanti agaknya?
Siapalah kita ini agaknya?


Kan.

Tuesday, July 8, 2008

segenap jiwa untuk hati di dunia.

Ada suatu yang tak mungkin aku luahkan buat masa kini.

Suatu yang mungkin akan menjejaskan hubungan aku dengan segenap masyarakat di sekeliling.

Aku tak tahu apa yang di inginkan oleh hati aku ini.

Dia seakan meronta-ronta ingin keluar dari badan ini untuk bersama-sama melihat dunia.

Sampai begitu sekali keinginannya.

Pasti begitu ajaibnya dunia inikan. Katanya.



Suatu apa yang tak bisa diluahkan oleh John Melawi ini.

Pertama kali seperti diari peribadi aku buat khas untuk di sini.

Ada sesiapa ingin membantu jangan lah membatu kerana..

Kerana John Melawi sendiri tidak tahu apa yang di carinya.

Dan perlukan bantuan sebenarnya.

Wanita bukan lagi pilihannya kerana. Titik.

Bukan lagi tempat hiburan untuknya maksudnya.

Mungkin tuhan sedang sembunyikan apa yang hati aku inginkan agar aku belajar bersabar dan berusaha lebih.


Usaha untuk bangun lebih awal??

Solat subuh?

Baik, satu...emm,,bukan. Banyak perkara yang kamu-kamu perlu tahu tentang John Melawi.

2 tahun sudah tidak amal:

1. Solat
2. Baca Al Quran
3. Berhenti buat benda tidak baik
4. Untuk mencari ketenangan hidup abadi.

Sesuatu yang menakutkan apabila ibu mertua dapat tahu tentang diri kamu. dan John Melawi.

Teruk juga John Melawi kan?

Siapa yang berani bantu John Melawi?

Sila angkat tangan tapi jangan lupa pakai deadorant dahulu ya.

Terima kasih.


















(Pandai kan John Melawi mencari perhatian kamu dengan menipu?)

Selamat tertipu!!

Ayat-Ayat Cinta!!

Kali ini aku ingin ber romantis.

Tentang hati dan jiwa yang selalu juga meronta-ronta.


Tahu kenapa?

Kerana bosan dan sepi telah temui aku dan berkata,:

"Aku ingin bertakhta di hatimu".


Dan satu lagi.


Kerana aku ingin mencari erti pundi kata ikhlas dan sabar.

Kamu tahu ertinya?


Adil.


Aku mulakan kata romantis dengan cinta.

Cinta itu tidak adil. Percaya?


Anda bercinta dengan dua wanita.

Adilkah anda?

Anda bercinta dengan seorang wanita sahaja?

Terasa adilkah diri anda?


Ikhlas, sabar dan adil.


Sebenarnya aku baru sahaja menjadi jakun setelah lewat menonton cerita Ayat-Ayat Cinta yang telah di aplikasikan ke dalam bentuk filem yang sebelum ini adalah sebuah novel.

Ikhlas, sabar dan adil.

Cukupkah itu semua dalam percintaan yang kita jalinkan?


Ah, terasa jiwang dan romantis pula hidup ini.


Bak kata Yantzen,

"Jangan hancurkan hidup yang indah ini".



Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

(
Terima kasih Sifu)


Terasa di awangan bukan?

Haha. Aku kurang senteng tapi bahagia!

Saturday, June 28, 2008

wanita dan pemimpin I

Wanita dan pemimpin.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

Kalau aku pastinya wanita sebab..

Wanita lagi asyik dari pemimpin bukan?

Tapi kepeningan melayankan mereka berdua sama paras.

Sekejap. ini untuk pemimpin.

duduk diam di tanya
duduk tegak gila katanya
apa aku ada politik dengan dunia
ataupun aku raja dalam gudang besar.

bom tangan untuk gebrek atasan
bunga api menjadi kiasan
mana ada penjenayah dalam politik
politik itu katakan suci sifatnya kononnya.

satu hari kita perlu dengar
siapa menteri kuasa dunia
siapa menteri goyang-goyang saja
siapa menteri yang renovet agama
siapa saja cuma baik tipunya.

anak murid bak semut di litar
mahu keluar di taburnya pasir halus
tergelongsor semula dalam durjana
tutup muka, tapi senyum lebar.

tok kuat buat biasa-biasa
yang salah lokap kan ada
penuh lokap dengan muslim muslimah
penuh tok kuat dengan dosa.

ya, biarlah dunia kini berbongkok
sembunyikan semua keburukan dan ketololan
ketololan tok-tok yang kuat kuasanya
yang bisa bina satu tangan lagi jadi tuhan.


Anda faham?

Mengerti atau keliru?

Tidak mengapa lah..

Di akhirnya pasti terkucil juga mereka-mereka.

Dan ini untuk wanita..

eh,,

Aku ada hal la.

Sambung nanti ya.

Jumpa lagi.

CPK, ini tag kamu.

tag juga dari CPK Singh

aku suka juga sama dia. baik hati juga itu dia CPK Singh. dia tag aku lima puloh hari lepas tapi hari ini juga baru ada.

Name 4 Things That Need To Be Invented
1. Time machine juga
2. itu sedih tak ada dalam dunia
3. orang semua baik macam aku juga
4. duit sembilan ratus ribu juta juta untuk aku seorang hanya.

Name 4 Things That Should Never Have Be Invented
1. orang jahat
2. CPK Singh.. eh,,salah-salah..CPK Singh tak mahu kawan sama aku.
3. wanita pengkikis dan kurang hajar juga
4. ibu pergi juga................

Name 3 Things I Do Not Know About You
1. belakang rumah saya punya member apa ada?
2. saya orang jahat tapi saya juga baik-baik juga
3. saya sayang satu orang tapi suka banyak orang.

Name 5 Snacks You Enjoy
1. kekacang2. cokelat juga
3. emm...
4. sayur campur-campur salut mayonis la
5. tak taw

Name The Next 3 Victim
1. muz.
2. cik cofeeholic.
3. kamu Hann.

Tuesday, June 24, 2008

dunia membongkok.

Dunia semakin membongkok. Anda percaya?


Biasanya manusia yang bongkok bermaksud ia sudah tua, ataupun sedang menanggung beban di belakangnya.

Jadinya jika dunia yang membongkok, apakah yang dibebankan?


Baik, kita lihat pada suatu perkara yang lain pula.


Satu hari, berapa banyak perkara sumbang yang berlaku di depan mata anda tanpa di ambil endah? Jika saya pasti lebih dari satu.

Manusia sentiasa bermain dengan psikologi dan sosiologi yang meluas. Kekeliruan semakin bertambah apabila bertambah juga golongan bertauliah berlagak pandai.

Kita berpatah balik kepada dunia. Tadi saya berkata dunia membongkok. Kini saya ingin berkata dunia sudah tidak siuman.


Anda bantah? Peduli apa.


Bagaimana hidup seorang manusia yang tidak siuman? Anda melihat dan menilainya bagaimana? Dirinya sendiri pula menilai bagaimana?

Berbeza bukan?

Jadi benarlah dunia sudah tidak siuman. Di mata manusia bertauliah berlagak pandai dunia semakin teratur dan maju'lah'. Namun disebaliknya pula...baik anda fikir-fikir sendiri ya.


Berusaha untuk terus hidup itu penting walaupun hakikatnya dunia akan hancur juga.


Baik, saya ada satu hadiah untuk dunia:

banyak lagu bisa aku nyanyikan
banyak juga kehidupan bisa aku aturkan
kehidupan yang sia-sia adanya dan
kehidupan yang pantas juga hilang dari syurga dunia.

hebat-hebat juga manusia akhir musim ini
bisa atur apa sahaja tentang takdir
menterbalikkan fakta jaguh akal fikirannya
juga mejijakkakikan akhirat juga pintar dari tuhan andalnya.

murtad tidak lagi di buat kira-kira
apa lagi maruah bangsa yang lagi di anggap enteng
tunggu saja suatu masa nanti akan tiba
agama dan tanah lecak sama tinggi parasnya.

manusia itu hakikatnya bermula dari tuhan
akhirnya juga kepada tuhan
langsung menyusuri hidup dengan abdikan diri kepada tuhan
tuhan agung lagi perkasa
tuhan Maha mampu Kunfayakun apa sahaja.

jiwa umat kini sering menyimbah amarah Pencipta
menyumpah lengit insani diri sendiri
lengit untuk beribadah
lengit untuk perjuangkan bangsa.

ingat agama bangsa seperti kanak-kanak
yang bisa dijajankan dengan gula-gula
maruah bukan harganya wang
tapi nilainya yang tak terharga!

Friday, May 30, 2008

Janji Kartun Kasih

Sudah lama aku tidak menulis di sini. Di blogos ini. Pasti kamu semua rindukan aku kan?

Tidak?

Tak mengapa. Aku tidak peduli pun.

Kamu semua tahu tentang salah satu mungkin teori yang di cipta oleh Jean Piaget?

Ia, teori tentang pemikiran kanak-kanak.

Sekejap, kita pergi kepada yang lain pula.

Emm, kamu suka menonton animasi kartun?

Pasti kamu ada kenangan dan rancangan kanak-kanak tersendiri yang diminati bukan?

Doraemon, Suri baja Hitam, Detektif Conan, Dragon Ball, Power Rangers, Kampung Boy, Cat Dog, Sponge Bob dan banyak lagi. Ini semua yang dapat aku ingatkan ketika ini.

Apa yang kamu dapat dari penontonan kartun kesukaan kamu? Adakah hiburan? Gelak ketawa?

Ha? Kesedihan? ...g.i.l.a...

Bagi kanak-kanak, kartun adalah rancangan televisyen yang paling diminati dan dinanti-nantikan setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Kanak-kanak mempunyai empat fasa ketika hidupnya. Setiap fasa akan membezakan umur dan cara pemikiran mereka. Ini yang Jean Piaget katakan. Asasnya ia di panggil dengan nama Perkembangan Kognitif Piaget.

Baik, kita berbalik semula kepada kartun. Cerita kartun sebenarnya adalah salah satu ubat ataupun penawar kesedihan dan otak kanan. Ia dapat meningkatkan daya kreatif, imaginasi, ransangan bagi perasaan ceria, bahagia, dan keseronokan seseorang. Otak manusia biasanya akan lebih terdorong untuk melakukan sesuatu dengan keadaan dan perjalanan yang menghiburkan.

Kan?

Jadi apa yang ingin disampaikan sebenarnya adalah, manusia remaja, orang muda mahupun orang dewasa dan orang tua sangatlah elok untuk meluangkan masa menonton rancangan-rancangan kartun ini, selain daripada menonton Janji Diana ataupun Sembilu Kasih.

Ini kerana cerita kartun boleh mengurangkan sekurang-kurangnya sedikit stress dan dapat memberi satu ruang masa untuk otak merehatkan diri selain mendapat hiburan.

Panjangkan pembebelan ini?

Haha.

Friday, May 16, 2008

perpisahan di terminal.

Kamu tahu tentang Larkin?

Umurnya menjangkau umur ibuku mungkin.

Tapi jangkauan terhadap umurku sudah pasti.

Sudahnya sampai aku ke Larkin, aku rasakan aku harus berbuat sesuatu sambil menunggu seorang rakan yang akan datang sekejap lagi untuk menjadi kenderaan kedua hari ini.


Dari celahan-celahan daun hijau kau tembusi ruang-ruang
Berdiri tegap namun kau bisa pergi dengan jauh


Itu lampu-lampu neon yang berada di perhentian Larkin. Aku perhatikan dengan penuh rasa emosi dalaman.

Aku padam emosi itu. Aku pergi kepada emosi lain pula.


Pabila malam
Masih lagi engkau bising
Masih lagi berderu bunyi enjin
Kau bina baris-baris bak bahtera tersusun


Di kala malam ataupun siang
Masih lagi ia tersusun rapi
Bercapuk tapi tetap gah berdiri.


Ini satu lagi omelan aku yang entah apa-apa. Mungkin aku cuba mengemosikan objek abstrak pula. Pasti kerana minachi di sebelah ku pandang dengan pandangan tirus. Sinis.

Aku gila mungkin detik hatinya.


Aku lihat pada satu sudut tipis
Ada juga yang menonton perpisahan
Mendakap anak kecil menanti perpisahan
Dan dimakbulkan juga perpisahan itu


Mungkin ibunya mahu pergi. Tinggal dia saja bersama seorang ayah barangkali. Perpisahan itu sememangnya sedih bukan?


Ku lihat pula dari sudut yang luas
Para rider sudah bersedia
Untuk berkemas tebal
Berlingat keringat di muka
Menghempas turun kaki dengan puas
Satu ibadah terlaksana sudah.

Monday, May 12, 2008

faham betul.

Assalam...

Ada satu pertanyaan yang ingin aku kemukakan dan akan aku jawab sendiri nanti. Mungkin.

Apakah yang kamu-kamu lihat apabila membuka blogos manusia lain yang lebih hot atau pun famous daripada kamu? Adakah kamu akan melihat entrinya dengan teliti ataupun kamu akan melihat tajuknya sambil mengkaji maksudnya?

Pastinya diri aku tidak begitu.

Bagi aku; Aku melawat ke laman blog manusia lain dan perkara pertama yang terpancut dari deria akalku adalah untuk melihat ulasan-ulasan yang di berikan pembaca entri itu dengan bersungguh-sungguh.

Sebab apa?


Bagi aku (ini pendapat), aku lebih terkesan dengan membaca ulasan-ulasan yang diberikan oleh pelawat-pelawat sesebuah blogos daripada entri yang di tulisnya, lagi-lagi jikalau blog dan entri itu milik seorang yang sangat terkenal seperti mereka dan mereka dan mereka.

Ingin aku terangkan mengapa?


Tidak perlu rasanya kerana kamu-kamu mungkin lebih bijak daripada aku. Terima kasih padaku kali ini.


Namun ini tidak bermakna aku membaca entri-entri kalian secara lewa-lewi. Aku tetap membacanya sampai habis cuma antara aku faham ataupun tidak. Tapi biasanya aku faham dan hanya akan lebih faham apabila membaca ulasan-ulasan dari entri itu nanti.


Tersenyum.



Faham?



Oh,


Tunggu ulasannya nanti.

pelajaran hari ini pendidikan Islam II

Hari ini hari terakhir aku di kawasan kelungan ilmu. Dan petang nanti aku akan berangkat pulang ke halaman asal. Di halaman asal aku bukanlah tidak ada tempat ilmu untuk disilakan, tapi aku jadi bagai mati di sana seperti hari-hari tempoh hari.

Biarlah dengan itu. Sebenarnya bukan itu yang ingin aku ceritakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ingin bercerita tentang subuh. Kenapa biasanya orang tidak berkata permulaan hari adalah subuh atau lebih dekat dengan nama pagi. Kenapa? kenapa pekat malam menjadi permulaan hari. Aku berfikiran begitu kerana di tangan ku ada jam murahan dan di dinding rumah juga ada jam bulatan bentuknya. Jadi jam-jam itu berkata pada aku bahawa bermulanya hari bila ia berdetik tepat pukul dua belas. Pukul dua belas yang langit ketika itu gelap kelat jika tanpa bulan(mungkin dengan bulan lebih manis). Maksudnya hari bermula dengan waktu ciptaan si polan itu. Begitu? Berikan pendapat anda.


Ya sudah. Jam menipu aku lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Subuh sebenarnya bermulanya apa? Bermulanya hari atau bukan? Ataupun ada perkara lain yang bermula ketika subuh memunculkan dirinya? Mungkin juga ada. Manusia bangun untuk bersiap pergi ke tempat kerja, Manusia baru bermula untuk tidur 'malam'; Katanya dan manusia baru balik dari 'kerja' juga ada mungkin bermula pada waktu subuh ini.

Eh, aku tidak isi dengan perkataan ini, : Manusia bangun mengambil wudhuk dan mula beribadat.

Aku lupa.

Baik, aku bermula dengan yang baru.


Faham-faham sajalah.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Manusia sentiasa alpa dengan apa yang di pikul dan di pertanggungjawabkan. Walaupun ia punya kuasa seperti siri drama si penjajah Heroes, namun jika dia bernama manusia, dia tetap juga akan alpa. Yang hanya di ingatkan dalam kepala, selamatkan dunia. Bukan selamatkan diri dari neraka. Jauhkan ya Tuhan. Amiin.

Semoga kepulangan aku ke kampung membawa seribu rahmat sejuta manfaat kepada keluarga tercinta. InsyaAllah.

Sunday, May 4, 2008

pelajaran hari ini pendidikan Islam

Semasa aku 6 tahun aku belajar tentang 6 rukun iman dan 5 rukun Islam.

Naik lagi umurku hingga ke 12 tahun, aku sudah tahu apa yang dosa dan apa yang pahala. Aku juga sudah mengetahui apa itu ahli sunnah wal jamaah.

Meningkat lagi umurku 15 tahun, aku sudah tahu menilai yang mana baik dan buruk dan masa ini juga aku sudah mimpi basah. Dan golongan wahabi sering memeranjatkan aku.

Semasa umurku enam belas hingga delapan belas, aku sudah tahu bercinta. Agama sudah sering aku tinggalkan.

Semasa umurku sembilan belas dan kini, genap dua puluh; Aku sudah di selubungi dengan rasa ingin tahu tentang semua perkara berkaitan kehidupan dan keagamaan.

Baiklah, cerita bermula di sini. Kamu tahu tentang berapa cabang mengenai agama?

Aku?

Yang pernah aku belajar di sekolah dan di surau semasa umur dua belas tahun cuma ada satu. Dan sama sahaja di sekolah dan di surau tentang apa yang aku belajar dan baca. Tapi kini sudah berbeda(mungkin juga dari dulu). Adakah ajaran islam kini sudah bercambah? Sudah ada satu dan empat? Ataupun enam dan dua belas? Ah, aku makin bercelaru.

Aku tidak mahu dikatakan tidak mengikut sunnah dan ajaran Al-Quran.

Aku cuma ada rasul junjungan yang satu dan Tuhan yang Maha Satu.

Ya, memang. Memang aku penuh kiasan. Sebab ini mengenai agama. Perlu di jaga hati-hati yang lain. Tapi ingat, jangan jadikan agama bahan mainan politik ya?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baik, sebenarnya aku cuma mahu tulis yang ini. Hari ini aku telah dapat agak banyak ilmu dari Maha Banyak Ilmu. Aku buka blogos ini, aku dapat yang itu. Aku buka blogos yang itu pula, aku dapat yang ini. Di wikipedia pun aku dapat yang ini dan itu. Dan perkara-perkara ini telah membuat aku terfikir, adakah kita seorang penulis radikal mahupun gerilla mahupun penulis popular (sama saja) di beri hak untuk menulis apa sahaja yang terawang-awang dan ter-imaginasikan oleh akal fikir kita? Apakah kita ini jauh dari undang-undang dan percaturan akhirat nanti? Pasti tidak jawapannya bukan?


Aku tidak salahkan sesiapa ataupun mengherdik mereka-mereka. Aku hanya merasa ingin tahu yang membuak-buak dari dalam hati berpunca dari kekeliruan yang datang dari pembacaan aku tadi.Kenapa terlalu banyak cabangan-cabangan agama dalam Islam? Mengapa tidak hanya ada satu aliran sahaja? Dengan imamnya ada yang nyatakan empat, ada yang nyatakan dua belas dan macam-macam lagi.

Entah, aku sendiri kurang mahir dalam bab ini. Aku cuma insan biasa. Aku rasakan aku patut ikut seperti apa yang ibu aku katakan.

"Kalau ragu2, lakukan apa yang guru di sekolah ajarkan sahaja. tak sesat dan di terima pakai kerajaan Malaysia kita." Ya, ini yang patut.

Aku juga sudah memberi kata putus yang digubal bersama amer zaman.

"Jangan bertanya apa-apa sebab soalan terakhir nanti pasti akan berbunyi begini : Siapa Tuhan?"

Tuesday, April 29, 2008

Bila malam merajuk.

Kapasiti ngantuk sudah bertambah.


Saya sudah mahu tidur.





Boleh tak saya tidur sekarang?

Sunday, April 27, 2008

Jargon politik berleluasa

Hari ini hari yang politikan aku rasakan. Sebab apa aku katakan begitu? Sebab..yang pertama aku sudah terbuka laman blog Anwar Ibrahim, Khir Toyo, bekas Ketua Pemuda keAdilan dan laman Faisal Tehrani. Hanya yang pertama.

Dan jikalau kamu-kamu semua ingin tahu, mungkin pada saat ini rasa berkobar-kobar letusan semangatku ingin menegakkan aktivitis-aktivitis politikan ini. Tapi bukan dengan kata-kata sebab aku tidak mahu tergolong dengan apa yang FT pertikaikan -- kini ramai jargon-jargon politikan ini.

Kalau bukan menjadi si pandai men-jargon politik, apa lagi yang mampu aku lakukan? aku tidak sehebat FT (ya, dia lagi) yang katanya sejak di tingkatan 3 sudah berkecimpung di dalam arena partisisme ini. Sungguh hebat dia kan! (sedikit mengangkat kan?)

Kesimpulannya aku hanya mampu men-jargon-kan diri daripada me-mua-kan diri lagi. Tidak tahu apa itu mua? Lihat kamus dewan seperti apa yang dikatakan FT (Aku sebenarnya hanya sedikit sahaja meminati dia. Sedikit cuma).

aku dan dunia

aku tidak mencipta irama,
tapi aku bisa memahaminya.
aku tidak mendapat cinta,
tapi aku bisa memulakannya.

aku memang insan kerdil,
tapi semangatku tidak pernah kecil.
aku tak pernah ingin kecewa,
tapi sering aku bertemu cinta.

hakikinya tidak ada yang mustahil;
aku telah menciptanya.
tapi tetap melanggar aturan cinta,
aku telah membohonginya.

aku berhelah demi dunia,
aku bercerita kerana jiwa,
aku berbohong kerana jaga,
aku menghargai kisah dunia.

Saturday, April 26, 2008

Kau nak suruh aku jujur atau tipu??

Sudah lama aku tidak melawati dan melewati blogos kawan-kawan dan rakan taufan. Sibuk dengan ulangkaji -- betul.


Baru sekejap tadi aku melewati (bukan melawati) blog kawanku ini. Rupanya aku telah disenarai tag kan oleh dia. Tidak mengapa, aku jawab dengan terpaksa kini.



5 perkara yang akan aku lakukan jikalau gagal dalam peperiksaan.



"Kau tahu kan yang aku ini budak pandai? Mana pernah gagal..."



1. Biasanya aku akan buat perkara yang kebiasaannya aku lakukan. Tiada apa-apa perubahan yang tidak biasa.

2. Sebenarnya tiada apa-apa yang aku lakukan kecuali, mungkin aku akan terniat dalam hati lain kali aku akan belajar bersungguh-sungguh. Itu sahaja. Hanya berniat.


Kalau niat yang baik kan dapat pahala.


3. Kebiasaannya aku akan lihat keputusan pelajaran aku di sebuah cyber cafe di kawasan kediaman aku. Di sebelah cyber cafe itu terdapat sebuah restoran mamak yang namanya restoran Azwa. Dan biasanya juga aku akan lepak di kedai mamak itu selepas tengok keputusan di layaran internet.


"Gagal atau tidak belakang cerita. Yang penting pergi Azwa". Ini aku yang cakap.


4. Aku tidak buat apa-apa. Tapi yang ada apa-apaan itu orang lain yang sibuk-sibuk hendak tahu keputusan aku - gagal atau tidak.

5. Rasionalnya manusia yang bijak dan cemerlang tapi gagal akan buat muka selamba tapi dalam hati dipukul-pukul dengan beberapa soalan:

mengapa aku gagal?
berapa banyak kali aku miss kelas dia?
pemeriksa silap ke?
apa aku nak cakap dengan mak aku nih?




Saturday, April 19, 2008

Buka mata, bawa fikiran pada era penjajah.

Lagi perjuangan melayu.

Pasti engkau akan merasa bosan dengan tulisan tentang perjuangan. Ya, aku akan biarkan engkau semua bosan dengan tulisanku ini. Ya, memang aku bukan seperti mereka yang memperjuangkan melayu dengan memegang parang dan senapang. Aku tidak lakukan itu semua kebajingan hanya satu sebab - aku tahu bahawa melayu akan datang masih perlukan aku.


Di atas bukanlah kata-kata dari siapa-siapa pun yang kamu rasa terkenal. Ia keluar dari hasil air liur seorang manusia muda yang punyai semangat untuk memperjuangkan hak orang melayu. Semalam aku pergi ke DBP untuk menglibatkan diri dalam acara baca puisi kuALA LUMPUR. Tulisannya memang membezakan antara puisi ku dan ala lumpur. Aku tidak tahu mengapa tetapi yang penting deklamator-deklamatornya sungguh bagus sekali (termasuk pensyarah ku, Abdul Ghafar Ibrahim-AGI).

Aku tertarik dengan puisi sajak yang di deklamasikan oleh seorang 'orang lama' yang begitu menaikkan semangatku sebagai seorang bangsa melayu. Ya, puisi sajaknya sungguh tragis dan sinis. Sinis sindirannya tentang orang melayu dan bangsa yang lain. Aku yakin, siapa yang ada pada malam semalam, pasti semangat melayunya tiba-tiba tercabar dengan bait-bait sajak tersebut.


Ketuanan melayu memang menjadi pertaruhan politik hari ini. Cuma kita hanya sedar atau tidak tentang ini. Diri, bangsa, agama dan tanah air kita sedang di tarik belit kan oleh 'oghang' yang bertanggungjawab (sindiran oleh 'orang lama'). Kita memang serasanya selesa kini walhal kita sebenarnya tidak pernah terfikir dan tahu apa yang terjadi akan masa datang dan masa lepas.


Jangan melihat di negara yang jauh dari kita. Pakistan, Afghanistan dan kesemuanya tan memang telah hancur dengan kuasa segitiga. Kita lihat di tanah air kita. Kita lihat siapa yang bersusah payah 'merampas' kembali tanah air tercinta ini. Tanah tumpahnya darah Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Maharajalela, Tok Janggut, Kiai Salleh dan lain-lain melayunya. Kita lihat siapa yang keluar rumah dan masuk hutan untuk berjuang dan siapa yang duduk di rumah dan hanya menoreh getah dan menampi timah dan, hanya berdiam diri semasa pejuang-pejuang tadi berlimpahan darah (ringkasan dari petikan ingatan sajak oleh 'orang lama').




Baik, sudah.
Aku cuma ingin tulis bebelan in sampai sini sahaja. Sebab - aku cuma mampu untuk menulis sahaja untuk ini.

Friday, April 18, 2008

entri ke-3 hari ini.

Sebenarnya hari ini terniat di hati untuk memasukkan entri sebanyak nilai 3. Tetapi Tuhan mungkin lebih mengerti apa maksud entri ku yang ke 3 itu.





Kenapa 'itu' ?


Kerana entri ke 3 itu sudah hilang di mamah apa pun aku sangsi. Menjadi misteri kerana entri ke 3 hilang tanpa bukti. Mungkin barangkali kerana hari ini kali yang ke (aku sudah lupa, lebih 3 kali mungkin) aku menceritakan kepada rakan-rakan firasal kisah sedih Green Lady.





notabawahsekali : ini kisah sedih. tolong baca dengan perasaan sedih.

sila faham : ini bukan puisi (noktah)

apabila warna jadi pudar
kereta pasti jadi calar
kain buruk pasti dibawah
rumah pasti jadi tak lawa

apabila warna jadi pudar
bukan cinta jadi layu
jangan lagi datang kemari
getaran warna tiada lagi

apabila warna jadi pudar
aku pergi dari sini
dengan azam kuat di hati
takkan ada bisa lagi
aku hidup sendiri lagi

apabila warna jadi pudar
tiada apa-apa lagi
baju dalam baldi
basuhlah sendiri

Tonton dan menang

melihat drama
jalan dalam lorong tegak
melihat teater
duduk atas bukit
melihat monolog
shut up!!
melihat filem
mari duduk bersama
melihat layar
bersila sambil makan
melihat opera
sudah la, jom balik...

alasan...semua alasan....

Thursday, April 17, 2008

Dipersilakan...

Aku?





Kau tag aku Am?






argghhh!! (baca dengan nada santai)





Tak apa.

Aku masih boleh rileks...chill berro...






Hatikiciwa? Dulu aku pernah sekali heart broken ni (dulu punya cerita la ni). Eh, dua kali. haha. Damn. Tapi, aku sudah lupa apa yang aku lakukan untuk membuat pura-pura tidak heart brokenan ini. Yang macam 5 ini mungkin kalau aku heart broken..




(AMARAN. Barangsiapa hati tisu jamban Plaza City Square dilarang membaca)

1. Pertama-tama sekali, pasti bukan aku pergi Plaza Pertama. Tapi aku akan fikir bahawa dia hanya ingin berlawak dengan aku waktu itu.

2. Seterusnya, aku akan termenung dan membaca seratus kali atau lebih mesej yang dia hantar untuk mewakili dirinya untuk, mintak putus dengan aku. Bukan seratus kali barangkali, dua puluh kali mungkin.

3. Aku akan menulis seberapa banyak yang boleh kerana, inilah peluang yang dinanti-nantikan, idea menulis dalam kepala otak aku melimpah ruah sampai meleleh ayer mata la dowh. (part ini sedih tau!!)

4. Sebenarnya, apa pun yang aku buat pasti tidak sempurna masa-masa macam ini. Jadinya aku redha saja dengan Tuhan. (pergi kerja, balik kerja, frust menonggeng dengan tak salin lagi baju kerja)

5. Barang dia aku tak pulang kan. Barang aku pun aku tak minta balik. Tapi yang aku tahu, aku ada bagi dia bunga masa putus dulu. ceh.. (gila bangang sayang kadang-kadang).




ha
, aku dah tunaikan sudah tag kauuuu!!!! (baca dengan nada santai juga)

sekarang ni, bukan untuk balas mata jaringan; aku mahu juga tag manusia-manusia lain.

siapa?


siapa korang tanya??



ha, ini orang-orangannya

Jaja Gula-gula

Rudy Bluehikari -Jemput sila


Wednesday, April 16, 2008

Takkan melayu hilang di Malaysia

Aku sebenarnya bukan ingin membicarakan mengenai politikus ini, tetapi aku terkejutkan oleh mereka yang di hormati ini. Ketuanan melayu isunya barangkali.

Aku tidak ingin berkata apa-apa tentang mereka kerana aku tiada hak untuk berbuat demikian. Cuma aku ingin sedikit mengeluh. Sedikit sahaja. Jangan salahkan mengeluh aku ini kerana ini hanya keluhan.

Sebenarnya siapa itu yang digagahkan dengan nama melayu? Adakah semua yang ada di Malaysia ini melayu namanya?


Bukan.

Bukan begitu keinginanku. Aku cuma mahu kerakyatan melayu yang aku miliki tetap ada keistimewaannya. Aku tidak ingin berkongsi keistimewaan itu.Siapa yang ingin kehilangan satu persatu kelebihannya? Pasti tiada siapa-siapa yang menginginkan sebegitu.

Bahasa melayu sudah hilang istimewanya di nusantara. Takkan kita mahu melihat istimewanya kerakyatan melayu pun hilang dan me-layu?

Aku cuma mengeluh saja. Bukan apa-apa.

Tiada yang prejudis ataupun buruk sangka di sini. Segalanya hanya keluhan. Ya, mungkin keluhan yang biasa-biasa saja.

Tuesday, April 15, 2008

Makcik tukang sapu

Pagi tadi tangan aku berkejar-kejar hendak menghantar tulisan ke dalam blog. Tapi rupa-rupanya aku sudah bazirkan kelajuan tanganku untuk menaip kerana tiba-tiba internet dikolej ku terima kejutan masa - tak ada langsung.

Aku ingin menceritakan tentang seorang tukang sapu. Semua orang kenal makcik tukang sapu. Walaupun mereka ada nama yang indah-indah dan sedap di dengar, namun tetap ramai yang memanggilnya makcik tukang sapu (mungkin tak tahu namanya la tu). Tapi tidak mengapa, makcik tukang sapu tetap bersahaja meneruskan penyapuan sampah-sampah yang di lontarkan oleh kita-kita.

"Tak apa, sudah tugas makcik".


Ibuku pernah menjadi makcik tukang sapu. Malah makcik cleaner tandas pun pernah menjadi gelaran ibuku. Ibuku seorang yang sangat-sangat dan sangat tabah. Oh, sebelum itu aku ingin memberitahu bahawa tahun ini ibuku berusia 45 tahun. Ya, 45 tahun masih muda barangkali. Tapi ibuku orang tua, bukan orang muda. Ingat, tolong hormati ibu saya!

Berbalikkan kepada makcik tukang sapu. Setiap pagi aku dapat mendengar makcik tukang sapu menyapu daun-daun dan sampah-sampah di jalanan kolej kerana bunyi penyapu yang di seret di jalanan agak kuat sehingga menyinggahi di bilik dan lekat di telingaku. Rajin aku mengandaikan dirinya. Aku terfikir, mengapa dia memilih untuk menjadi makcik tukang sapu? Adakah dia takut nanti tiada siapa yang ingin menyapu sampah? Atau, tiada pekerjaan lain yang setaraf dengannya?

"Eh, dia lagi tinggi tarafnya dari kamu-kamu semua sebab dia adalah seorang ibu!!"

Kalau kamu juga seorang ibu, berbanggalah.

Aku terasa terharu sungguh apabila mengingatkan tentang makcik tukang sapu yang tua mendaki tangga demi tangga di kolej ku untuk membasuh dan menyapu sampah di tangga-tangga itu. Alangkah gagahnya si tua itu menunaikan tanggungjawabnya.


Aku tak sanggup lagi untuk terus melayangkan fikiran kepada makcik tukang sapu tanpa melihatnya yang sedang menyapu-nyapu itu. Lalu aku bangun dan melihat dari ruang koridor rumahku.

"La, ingatkan makcik tukang sapu, rupanya pakcik tukang sapu..."

Ironisnya dunia...

Mekanismelektronicism

pukul 7.26.45 saat..

Aku baru saja dapat duduk depan skrin laptop untuk merabunkan mata aku lagi sekali (sangat lembab internet di kolej aku, nasib baik member ada kemudahan tanpa wayar keluaran Maxis). Aku juga baru siapkan satu rangka projek untuk semester hadapan yang tidak pernah lagi aku dan geng Rakan Taufan buat sebelum ini. Ya, Rakan Taufan sudah, bukan lagi JiwaRasa.

Aku inginkan satu rangkaian hidup yang normal tapi sangat optimis. Maksudnya aku ingin kehidupan aku ini penuh dengan aktiviti yang mampu memberi kesegaran mutlak dalam akal fikiran aku. Aktiviti yang berkaitan dengan penulisan dan seni adalah satu benda yang sangat mustahak untuk menstabilkan kembali daya fikiran aku. Ini adalah hakikat kerana.....jangan tanya lagi sebab aku punya bukti kukuh untuk melawan tohmahan-tohmahan kamu semua.

Semester hadapan merupakan semester yang indah dan sibuk barangkali bagi aku; Kalau lah apa yang aku dan Rakan Taufan cadangkan menjadi dengan baiknya. Dan aku berharap tidak ada lagi angin taufan yang cuba-cuba menceroboh dan melanggar aturan-aturan projek kami nanti (teringat masa pameran di UiTM induk Shah Alam).

Surat permohonan Wayang Pachak - selesai.
Surat permohonan pertandingan Akustik Lagu Puisi - selesai.
Surat permohonan pertandingan Battle of the Band - pun selesai.
Surat-surat lain - hampir...

Mohon Tuhan kembalikan daya aura mekanismelektronicismku yang dahulu.

Saturday, April 12, 2008

Puisi lagu kita

Suatu masa dulu aku sering saja terfikir bagaimana globalisasi akan menerima manusia pengdeklamasi dan penulis sebagai seorang manusia yang bertakhta tinggi.

Sekejap sahaja, sudah menjadi suatu masa sekarang. Sekarang siapa sahaja yang ingin memartabatkan bahasa kita bahasa melayu sebagai satu bahasa yang di lingua franca kan dunia seperti pada zaman pemerintahan sultan dahulu kala.

Syair, gurindam, seloka, pantun, sajak, prosa dan pelbagai lagi semakin kurang di tonjolkan di serata industri hiburan tanah air yang sebenarnya itulah hiburan orang melayu.

Syukur pada Tuhan Ar-Rahman kerana masih ada pihak yang berpeluh pertaruhkan maruah dan jasad diri sendiri untuk meninggikan martabat orang melayu kini. Perjuangan mereka memang wajib di hargai kerana tanpa mereka yang berpeluh itu, mungkin tiba masa nanti melayu hilang di dunia. Rasa rugi lah Hang Tuah yang dikatakan bertegas, "Takkan MELAYU hilang di dunia".

Bangga dengan penyair muda yang ingin cuba menonjolkan dirinya walau di dalam bilik tadika; mereka ingin cuba memperjuangkan karya-karya sastera. Mereka deklamator yang bukan ingin pada nama. Mereka hanya cuba untuk berdiri dan mendirikan semula tembok besar orang melayu yang hampir runtuh di tanah air sendiri. Sepertinya mungkin suatu hari nanti Tanah Melayu hanya ada pada nama, namun penghuninya bukan lagi melayu-an jika tiada usaha untuk memperhebatkan bahasa budaya bangsa melayu hari ini.

Sepatutnya memang kita orang timur selatan ini harus mengikuti arus kemodenan yang telah di cipta (mengikut naluri sendiri) oleh orang-orang seberang sana. Ya, kita sudah pun mengikutinya. Tetapi,sampai tahap mana ikutan itu perlu sebenarnya? Adakah sehingga kita bertuankan batu, cahaya dan gelombang seperti mereka?
Memang melayu masih lagi 'kuno' dengan teknologi kini. Tetapi melayu hebat dalam nilai bahasanya; yang tidak di punyai bahasa lain. Bahasa melayu bahasa yang indah (bahasa Tuhan Maha Indah), ada nilai artistiknya tersendiri, dan sinisnya bahasa melayu hanya orang melayu saja yang dapat menilainya.

Secara terus terangnya, bila lagi kita mahu mengdemokrasikan bahasa kita? mempromosikan kekuatan kita dan memperjuangkan nilai- nilai kita? Tepuk dada, jangan tanya selera sendiri. tanya lah selera kita bersama.





Aku tidak ingin menjadi melayu hanya melayu.
Tapi cuba menjadi melayu yang Hadhari namanya.
Ya, aku ingin mencuba.





Sunday, April 6, 2008

mereka membontoti kami

rekan-rekanku kesemuanya sudah meluahkan rasa tentang sumber emosi yang berlansung pada hari permintaan dan hari mulia (khamis dan jumaat). aku juga rasanya ingin beremosi tentang hari-hari tersebut. bukannya aku ingin mengherdik gonjengan-gonjengan itu namun ia memang harus menerima herdikan-herdikan dari kami yang berlimpahan kesusahan payahan bertungkus lumusan menjayakan pameran kami itu. bukanlah kami ingin menyatakan bahawa kami tidak mampu untuk bergerak sendirian dalam kumpulan, namun hendaklah di ingatkan bahawa kamu juga sebenarnya yang ingin membontoti kami yang biasa saja ini.

wah, enaknya kamu membaui bontot-bontot kami ini.


aku sebenarnya tuan pengerusi, aku juga pengdekorasi, tapi aku juga sebenarnya bukan itu semua kerana aku hanya orang yang berada di antara kami-kami bekerjasama semua kecuali mereka.

oh...aku berasa bahgia ketika dalam hujan kami bersama-sama. dalam ribut taufan kami berlarian bergandingan. indahnya tanpa mereka juga. haha

Friday, April 4, 2008

bonjolan telah di tag

adeyh..

aku baru lepas singgah ke blog-blog kamu semua. dan aku ada terbaca fasal dompet. sebenarnya hari lepas aku sudah baca di blog kawan jiwa rasa aku. tapi aku jumpa lagi fasal dompet ini di blog kawan-kawan yang lain. jadinya aku rasa aku telah di tag oleh kawan aku dua orang ni...

(memang kurang hajar)

tapi masalahnya...

aku tak pakai dompet!!
uncang pun tidak.
lagikan beg pinggang itu.

aku biasanya letak kad pengenalan, kad bank dan segala kad dan wang ringgit Malaysia itu terus secara lansung ke dalam kocek seluar aku. dengan telefon genggam aku dan segala-segalanya termasuk kad matrik kadang-kadang ada juga dalam kocek seluar aku. lagi satu pendrive, pun ada dalam kocek seluar aku. aku tak tahu kenapa aku tak suka pakai dompet. aku rasa mungkin sebab aku tak suka rasa bonjolan kat punggung aku kalau aku duduk. tiada keselesaan lansung siot la kan. bonjol di hadapan tidak mengapa tapi bonjol di belakang jangan.

jadi sesiapa yang sudah baca ini entri dengan tekun dan tak tahu apa-apa, sebenarnya anda juga telah di tag dan perlu la buat apa yang perlu..hehe...

tak tahu buat apa??

buat la cerita fasal apa yang ada dalam dompet kau orang itu...
selamat terkena!