Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Sunday, May 4, 2008

pelajaran hari ini pendidikan Islam

Semasa aku 6 tahun aku belajar tentang 6 rukun iman dan 5 rukun Islam.

Naik lagi umurku hingga ke 12 tahun, aku sudah tahu apa yang dosa dan apa yang pahala. Aku juga sudah mengetahui apa itu ahli sunnah wal jamaah.

Meningkat lagi umurku 15 tahun, aku sudah tahu menilai yang mana baik dan buruk dan masa ini juga aku sudah mimpi basah. Dan golongan wahabi sering memeranjatkan aku.

Semasa umurku enam belas hingga delapan belas, aku sudah tahu bercinta. Agama sudah sering aku tinggalkan.

Semasa umurku sembilan belas dan kini, genap dua puluh; Aku sudah di selubungi dengan rasa ingin tahu tentang semua perkara berkaitan kehidupan dan keagamaan.

Baiklah, cerita bermula di sini. Kamu tahu tentang berapa cabang mengenai agama?

Aku?

Yang pernah aku belajar di sekolah dan di surau semasa umur dua belas tahun cuma ada satu. Dan sama sahaja di sekolah dan di surau tentang apa yang aku belajar dan baca. Tapi kini sudah berbeda(mungkin juga dari dulu). Adakah ajaran islam kini sudah bercambah? Sudah ada satu dan empat? Ataupun enam dan dua belas? Ah, aku makin bercelaru.

Aku tidak mahu dikatakan tidak mengikut sunnah dan ajaran Al-Quran.

Aku cuma ada rasul junjungan yang satu dan Tuhan yang Maha Satu.

Ya, memang. Memang aku penuh kiasan. Sebab ini mengenai agama. Perlu di jaga hati-hati yang lain. Tapi ingat, jangan jadikan agama bahan mainan politik ya?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baik, sebenarnya aku cuma mahu tulis yang ini. Hari ini aku telah dapat agak banyak ilmu dari Maha Banyak Ilmu. Aku buka blogos ini, aku dapat yang itu. Aku buka blogos yang itu pula, aku dapat yang ini. Di wikipedia pun aku dapat yang ini dan itu. Dan perkara-perkara ini telah membuat aku terfikir, adakah kita seorang penulis radikal mahupun gerilla mahupun penulis popular (sama saja) di beri hak untuk menulis apa sahaja yang terawang-awang dan ter-imaginasikan oleh akal fikir kita? Apakah kita ini jauh dari undang-undang dan percaturan akhirat nanti? Pasti tidak jawapannya bukan?


Aku tidak salahkan sesiapa ataupun mengherdik mereka-mereka. Aku hanya merasa ingin tahu yang membuak-buak dari dalam hati berpunca dari kekeliruan yang datang dari pembacaan aku tadi.Kenapa terlalu banyak cabangan-cabangan agama dalam Islam? Mengapa tidak hanya ada satu aliran sahaja? Dengan imamnya ada yang nyatakan empat, ada yang nyatakan dua belas dan macam-macam lagi.

Entah, aku sendiri kurang mahir dalam bab ini. Aku cuma insan biasa. Aku rasakan aku patut ikut seperti apa yang ibu aku katakan.

"Kalau ragu2, lakukan apa yang guru di sekolah ajarkan sahaja. tak sesat dan di terima pakai kerajaan Malaysia kita." Ya, ini yang patut.

Aku juga sudah memberi kata putus yang digubal bersama amer zaman.

"Jangan bertanya apa-apa sebab soalan terakhir nanti pasti akan berbunyi begini : Siapa Tuhan?"