Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Tuesday, February 17, 2009

kau sumber ilhamku

kau sumber ilhamku



seperti tatkala aku melihat filem forest gump, gelora dalam jiwaku bersemangat untuk pergi maju ke depan, untuk menggapai apa sahaja yang di hulurkan di depan mata.

Walaupun aku tahu bukan semua milik abadi diriku, tapi aku tetap mencuba. Seperti tabahnya Tim Roth semasa di dalam filem Legend of 1900. Sanggup hidup di dalam kapal hanya untuk mengekalkan sejarah yang dicipta. Prinsipnya.

aku sedar, perkara ini takkan kau lihat atau terperasan pun. walhal itu, aku tetap mencuba walau dalam persimpangan yang berbeza, sangat berbeza sehingga tak mungkin jalan aku bertembung dengan jalanmu. Seperti hidupnya manusia dengan malaikat. ataupun bidadari.
aku manusia, dan kau bidadari.

alangkah indahnya jika kau dapat ke sini.