Pasti engkau akan merasa bosan dengan tulisan tentang perjuangan. Ya, aku akan biarkan engkau semua bosan dengan tulisanku ini. Ya, memang aku bukan seperti mereka yang memperjuangkan melayu dengan memegang parang dan senapang. Aku tidak lakukan itu semua kebajingan hanya satu sebab - aku tahu bahawa melayu akan datang masih perlukan aku.
Di atas bukanlah kata-kata dari siapa-siapa pun yang kamu rasa terkenal. Ia keluar dari hasil air liur seorang manusia muda yang punyai semangat untuk memperjuangkan hak orang melayu. Semalam aku pergi ke DBP untuk menglibatkan diri dalam acara baca puisi kuALA LUMPUR. Tulisannya memang membezakan antara puisi ku dan ala lumpur. Aku tidak tahu mengapa tetapi yang penting deklamator-deklamatornya sungguh bagus sekali (termasuk pensyarah ku, Abdul Ghafar Ibrahim-AGI).
Aku tertarik dengan puisi sajak yang di deklamasikan oleh seorang 'orang lama' yang begitu menaikkan semangatku sebagai seorang bangsa melayu. Ya, puisi sajaknya sungguh tragis dan sinis. Sinis sindirannya tentang orang melayu dan bangsa yang lain. Aku yakin, siapa yang ada pada malam semalam, pasti semangat melayunya tiba-tiba tercabar dengan bait-bait sajak tersebut.Ketuanan melayu memang menjadi pertaruhan politik hari ini. Cuma kita hanya sedar atau tidak tentang ini. Diri, bangsa, agama dan tanah air kita sedang di tarik belit kan oleh 'oghang' yang bertanggungjawab (sindiran oleh 'orang lama'). Kita memang serasanya selesa kini walhal kita sebenarnya tidak pernah terfikir dan tahu apa yang terjadi akan masa datang dan masa lepas.
Jangan melihat di negara yang jauh dari kita. Pakistan, Afghanistan dan kesemuanya tan memang telah hancur dengan kuasa segitiga. Kita lihat di tanah air kita. Kita lihat siapa yang bersusah payah 'merampas' kembali tanah air tercinta ini. Tanah tumpahnya darah Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Maharajalela, Tok Janggut, Kiai Salleh dan lain-lain melayunya. Kita lihat siapa yang keluar rumah dan masuk hutan untuk berjuang dan siapa yang duduk di rumah dan hanya menoreh getah dan menampi timah dan, hanya berdiam diri semasa pejuang-pejuang tadi berlimpahan darah (ringkasan dari petikan ingatan sajak oleh 'orang lama').
Baik, sudah.
Aku cuma ingin tulis bebelan in sampai sini sahaja. Sebab - aku cuma mampu untuk menulis sahaja untuk ini.