Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Monday, March 2, 2009

sehirup kopi

buatkan aku satu cawan kebahagiaan. kemudian tambahkan dengan secamca kemanisan. dan sesudu serbuk yang bisa beri pengajaran.

sudeyyy..tidurrr......

ilham

manusia dijadikan dengan akal yang mampu berfikir dengan kejauhan yang tersendiri. yang mampu untuk mengatakan ya dan tidak dalam pemilihan sesuatu perkara. namun kadang kala manusia keliru tentang kebolehan akal masing-masing. kerana itu lah ada manusia yang bijak namun sesudahnya di tempat yang tidak bijak. sama juga manusia yang tidak bijak, sebaliknya berlaku.

walaupun begitu, jika manusia itu bijak untuk menggunakan akalnya dengan baik (baik bukan ertinya tidak jahat) mampu untuk berbuat sesuatu yang di luar kebiasaan manusia lain. itu maksudnya kebolehan. tapi sebenarnya bukan...

manusia tersebut bukan berkebolehan, tetapi dia sebenarnya ingin melakukan perkara itu. ataupun dalam erti kata yang lagi senang di mengerti, manusia itu rajin mempraktikkan dan rajin mengimiginasikan.

sebab itu lah tuhan beritahu manusia itu bukan kejadian yang sia-sia. maksudnya diri aku bukan sia-sia. disebabkan tidak sia-sia, seperti biasa tuhan memberi aku satu otak untuk berjuta bilion trilion akal untuk berbuat sesuatu yang di luar kebiasaan.

maksudnya, adakah setiap perkara yang aku lakukan di luar kebiasaan ataupun mampu mengisi satu tempat persoalan yang kosong di setiap hati manusia lain? kalau ia, itu namanya kejadian aku tidak sia-sia.

sama juga engkau. bikin filem jangan akhirnya jadi sia-sia. bikin skrip juga(untuk aku).