Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Friday, May 16, 2008

perpisahan di terminal.

Kamu tahu tentang Larkin?

Umurnya menjangkau umur ibuku mungkin.

Tapi jangkauan terhadap umurku sudah pasti.

Sudahnya sampai aku ke Larkin, aku rasakan aku harus berbuat sesuatu sambil menunggu seorang rakan yang akan datang sekejap lagi untuk menjadi kenderaan kedua hari ini.


Dari celahan-celahan daun hijau kau tembusi ruang-ruang
Berdiri tegap namun kau bisa pergi dengan jauh


Itu lampu-lampu neon yang berada di perhentian Larkin. Aku perhatikan dengan penuh rasa emosi dalaman.

Aku padam emosi itu. Aku pergi kepada emosi lain pula.


Pabila malam
Masih lagi engkau bising
Masih lagi berderu bunyi enjin
Kau bina baris-baris bak bahtera tersusun


Di kala malam ataupun siang
Masih lagi ia tersusun rapi
Bercapuk tapi tetap gah berdiri.


Ini satu lagi omelan aku yang entah apa-apa. Mungkin aku cuba mengemosikan objek abstrak pula. Pasti kerana minachi di sebelah ku pandang dengan pandangan tirus. Sinis.

Aku gila mungkin detik hatinya.


Aku lihat pada satu sudut tipis
Ada juga yang menonton perpisahan
Mendakap anak kecil menanti perpisahan
Dan dimakbulkan juga perpisahan itu


Mungkin ibunya mahu pergi. Tinggal dia saja bersama seorang ayah barangkali. Perpisahan itu sememangnya sedih bukan?


Ku lihat pula dari sudut yang luas
Para rider sudah bersedia
Untuk berkemas tebal
Berlingat keringat di muka
Menghempas turun kaki dengan puas
Satu ibadah terlaksana sudah.

Monday, May 12, 2008

faham betul.

Assalam...

Ada satu pertanyaan yang ingin aku kemukakan dan akan aku jawab sendiri nanti. Mungkin.

Apakah yang kamu-kamu lihat apabila membuka blogos manusia lain yang lebih hot atau pun famous daripada kamu? Adakah kamu akan melihat entrinya dengan teliti ataupun kamu akan melihat tajuknya sambil mengkaji maksudnya?

Pastinya diri aku tidak begitu.

Bagi aku; Aku melawat ke laman blog manusia lain dan perkara pertama yang terpancut dari deria akalku adalah untuk melihat ulasan-ulasan yang di berikan pembaca entri itu dengan bersungguh-sungguh.

Sebab apa?


Bagi aku (ini pendapat), aku lebih terkesan dengan membaca ulasan-ulasan yang diberikan oleh pelawat-pelawat sesebuah blogos daripada entri yang di tulisnya, lagi-lagi jikalau blog dan entri itu milik seorang yang sangat terkenal seperti mereka dan mereka dan mereka.

Ingin aku terangkan mengapa?


Tidak perlu rasanya kerana kamu-kamu mungkin lebih bijak daripada aku. Terima kasih padaku kali ini.


Namun ini tidak bermakna aku membaca entri-entri kalian secara lewa-lewi. Aku tetap membacanya sampai habis cuma antara aku faham ataupun tidak. Tapi biasanya aku faham dan hanya akan lebih faham apabila membaca ulasan-ulasan dari entri itu nanti.


Tersenyum.



Faham?



Oh,


Tunggu ulasannya nanti.

pelajaran hari ini pendidikan Islam II

Hari ini hari terakhir aku di kawasan kelungan ilmu. Dan petang nanti aku akan berangkat pulang ke halaman asal. Di halaman asal aku bukanlah tidak ada tempat ilmu untuk disilakan, tapi aku jadi bagai mati di sana seperti hari-hari tempoh hari.

Biarlah dengan itu. Sebenarnya bukan itu yang ingin aku ceritakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ingin bercerita tentang subuh. Kenapa biasanya orang tidak berkata permulaan hari adalah subuh atau lebih dekat dengan nama pagi. Kenapa? kenapa pekat malam menjadi permulaan hari. Aku berfikiran begitu kerana di tangan ku ada jam murahan dan di dinding rumah juga ada jam bulatan bentuknya. Jadi jam-jam itu berkata pada aku bahawa bermulanya hari bila ia berdetik tepat pukul dua belas. Pukul dua belas yang langit ketika itu gelap kelat jika tanpa bulan(mungkin dengan bulan lebih manis). Maksudnya hari bermula dengan waktu ciptaan si polan itu. Begitu? Berikan pendapat anda.


Ya sudah. Jam menipu aku lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Subuh sebenarnya bermulanya apa? Bermulanya hari atau bukan? Ataupun ada perkara lain yang bermula ketika subuh memunculkan dirinya? Mungkin juga ada. Manusia bangun untuk bersiap pergi ke tempat kerja, Manusia baru bermula untuk tidur 'malam'; Katanya dan manusia baru balik dari 'kerja' juga ada mungkin bermula pada waktu subuh ini.

Eh, aku tidak isi dengan perkataan ini, : Manusia bangun mengambil wudhuk dan mula beribadat.

Aku lupa.

Baik, aku bermula dengan yang baru.


Faham-faham sajalah.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Manusia sentiasa alpa dengan apa yang di pikul dan di pertanggungjawabkan. Walaupun ia punya kuasa seperti siri drama si penjajah Heroes, namun jika dia bernama manusia, dia tetap juga akan alpa. Yang hanya di ingatkan dalam kepala, selamatkan dunia. Bukan selamatkan diri dari neraka. Jauhkan ya Tuhan. Amiin.

Semoga kepulangan aku ke kampung membawa seribu rahmat sejuta manfaat kepada keluarga tercinta. InsyaAllah.