Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Saturday, March 8, 2008

aku bukan pesalah!

aku tahu, aku memang bersalah. ya, aku bersalah. semua orang sudah memandang aku serong walaupun dia berdiri tegak. sampai orang yang aku harapkan boleh berdiri di belakang aku, pun pandang macam serong jugak kat aku. kenapa? kenapa orang salah mesti tetap jadi pesalah?

tak boleh ker dia jadi baik walaupun memang dia sebenarnya jahat..kan. aku makin hari makin tertekan. tapi aku rasa lega la jugak sebab tekanan tu sekejap datang dan sekejap pergi. tapi kalau dia datang, aku rasa nak pecah dada aku menahannya. aku nak cuba jadi baik. aku nak cuba supaya orang boleh terima aku seadanya(walaupun aku mungkin tak ada dalam senarai kawan dia orang). jadi jangan la pandang aku macam aku lah pesalah selama-lamanya.

aku mintak maaf sebab malu kan keluarga semua.

p/s : biasanya orang nampak yang buruk jek kan.

3 comments:

Anonymous said...

peluang sentiasa ada untuk perubahan

Anonymous said...

mmg aku sedang m'nggu dan m'cari peluamg itu.

Balkes Izawani Zanariah said...

Kami terima buruk baik kamu..
Memandang serong tak bererti menunding jari kepadamu.
Kerana setiap pandangan mempunyai persepsi yang berbeda.
Betul.Salah.
Semua pernah melakukan salah.
Aku jua begitu.
Setiap yang berlaku ada azimatnya.
Kami sentiasa di belakangmu.
Aku sentiasa menyokong mu.
Pasti.