Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Thursday, March 13, 2008

Jebat datang London

jebat datang london
ingin berjumpa kawan lama
membawa maruah melayu katanya

jebat datang london
berbaju melayu berambut panjang
jumpa dengan kawan lama
berbaju moden berkaca mata,
berbingkai hitam.

itu dia jebat
membawa maruah melayu,
katanya
namun dia tidak tahu,
dia jebat
dan kawannya melayu.

itu dia jebat
bak lagendanya juga
berkias berkata-kata
bertindak membabi buta

dia alpa dia jebat
jebat tetap jebat
melayu tetap melayu.

3 comments:

Anonymous said...

Putera Hang Jebat... hahahaha!!

Anonymous said...

dia bukan putera hang jebat la.
dia melayu layu.

mapieceofart said...

tahu dek jebat anak jins samsudin nanti... hahhahaha...