Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Monday, March 31, 2008

pagi hari selepas siang

penat badan bila rasa penat mata sebab nak tidur dan pejamkan mata. tapi aku teringatkan ibu aku yang di panggil bukan ibu-tapi mak. mak, aku rindukan dia(rindu?). aku tipu sebenarnya. aku tak rindukan dia macam mana aku rindukan perempuan lain. aku rasa seumur hidup aku, aku rasakan rindu pada mak aku sekali sahaja. itu pun nasib mak aku ter rindukan dia. memang aku susah nak rindukan dia. tapi aku rasa pelik sangat sebab aku beratus kali nak menangis kalau aku terbaca, terdengar, terpandang kisah tentang seorang ibu. dan pastinya fikiran aku akan automatik jadi lebih laju dari jet pejuang untuk sampai ke kampung aku dan terbayangkan mak aku. aku rasa pelik sebab aku tak tahu kenapa perasaan sedih bila dengar kepayahan seorang ibu nak membesarkan anaknya dalam keadaan yang sangat daif. sanggup menebal muka untuk mencari wang. sanggup menebal muka ke rumah jiran-jiran sebelah untuk meminta secupak nasi untuk anak-anak yang kelaparan sudah. sanggup menerima herdikan dan umpatan dari orang sekeliling hanya kerna pinjam ringgit Malaysia sepuluh daripada jiran sebelah. aku tak tahu apa punya tenaga dan kuasa maha hebat yang telah terserap dalam tubuh seorang ibu.

Tuhan, andai kata Kau beri aku pilihan yang mana harus mati dahulu antara mak aku dan orang istimewa- aku akan marah Kau sambil berkata:

"Tuhan, ibuku seorang sahaja yang mampu memberi perlindungan ketika aku di cerca manusia. ibu aku sahaja yang sanggup membela ketika aku menjadi cacat dan gila. ibu jua sahaja yang sanggup di berhenti kerja hanya kerana ingin menjaga aku sakit di rumah."


rokok sebatang habis ku hisap dalam-dalam.







Tuhan mengerti rasa dalam hati aku yang banyak virus-virus negatif simbolnya.
syukur, mak masih hidup dan mungkin sihat di kampung halaman.




rindu pada mak.






"lek r mak..jangan nangis..."



5 comments:

mapieceofart said...

aduilaa...
huhu....

aku patut nak balik kampung gak weekend ni jumpe mak... tapi...

source of emotion korang arr...wat aku x jadi nak balik...!! erghh..!!

huwaaa.... rindu mak aku sgt...=(

mapieceofart said...

dah plak tu eka pulak sampai ahad...
dah sah2 memang aku tak jadi balik....
huhuuhuhuhu... mak....

Ande Sikutawangsa said...

wah.
terharu dengar mapieceofart.
terima kasih kerana pengorbanan yang di buat.


tak sabar tunggu akhir semester untuk balik rumah dan 'menyusahkan' mak.

Balkes Izawani Zanariah said...

Ibumu, ibuku jua..
hehe..

You rock makcik Zaleha..

Yeah..!!!

Ande Sikutawangsa said...

bahasa jiwa ku,
yeah.
sama jua ibu mu,
ibu mertua ku jua.
haha.