Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Sunday, April 27, 2008

Jargon politik berleluasa

Hari ini hari yang politikan aku rasakan. Sebab apa aku katakan begitu? Sebab..yang pertama aku sudah terbuka laman blog Anwar Ibrahim, Khir Toyo, bekas Ketua Pemuda keAdilan dan laman Faisal Tehrani. Hanya yang pertama.

Dan jikalau kamu-kamu semua ingin tahu, mungkin pada saat ini rasa berkobar-kobar letusan semangatku ingin menegakkan aktivitis-aktivitis politikan ini. Tapi bukan dengan kata-kata sebab aku tidak mahu tergolong dengan apa yang FT pertikaikan -- kini ramai jargon-jargon politikan ini.

Kalau bukan menjadi si pandai men-jargon politik, apa lagi yang mampu aku lakukan? aku tidak sehebat FT (ya, dia lagi) yang katanya sejak di tingkatan 3 sudah berkecimpung di dalam arena partisisme ini. Sungguh hebat dia kan! (sedikit mengangkat kan?)

Kesimpulannya aku hanya mampu men-jargon-kan diri daripada me-mua-kan diri lagi. Tidak tahu apa itu mua? Lihat kamus dewan seperti apa yang dikatakan FT (Aku sebenarnya hanya sedikit sahaja meminati dia. Sedikit cuma).

16 comments:

malay-tree said...

menjolok-jolok mata di laman si toyo, ada sempat kamu bergelumang dengan anak-anak toyol?

jargon hanya pada yang bukan jargon. jargon-jargon sebenar sedang menadah kitab- kitab di madrasah.

bila Amerika melanggar kampung, jargon politik nasioanalis berkayuh dulu.

Ande Sikutawangsa said...

malay-tree,

selamat datang.

betul tu.

mereka cuma berani dengan bercakap.

harap kita pun tak sebegitu.

(terutama saya :))

CarutPelbagaiKaedah said...

politik pada aku..bagaikan bunga..bila ia kembang banyaklah kumbang datang..kumbang yang mungkin membuat pendbungaan berlaku atau memusnahkan sama sekali bunga itu.

Anonymous said...

coffeeholic tunggu FT masok blog saya.


ps: rambut baru itu kerna kamu berlakon ya kata teman saya?

Miss LaraLady said...

Aku xtaw nk ckp ape ttg politik..
aku benci politik..

Ande Sikutawangsa said...

CPK,

betul..Cpk pandai dalam gaya bahasa.
hehe.


cofeeholic,

tak lah jaja.

saja potong sebab rimas.

;)


miss laralady,

aku juga benci politik.

tapi aku cuba untuk menyukai politik sebab politik yang akan mentadbir dunia kita.

;)

amer zaman said...

aku suka revolusi..
tapi bila yg bawah dah naik..
aku tak suka mereka.

aku sentiasa suka yg di bawah dan memberontak

fuiyowh

Ande Sikutawangsa said...

fuiyowh la jugak kan amer zaman,

kita kan mmg suda jadi penulis gerilla.

haha.

Anonymous said...

rimas .
hehe

upload la rambot terbaru

Saya muhammad iqbal said...

politik??
semua politik ada penipuan..
x de satu pun yang jujur..
ade agenda tersendiri..
bila la nk matang??
rakyat juga yang terseksa..

Ande Sikutawangsa said...

cofee holic,

gmba dkt profile adalah gmba baru,

cuma di kabur kan sikit.

hehe.


iqbal,

betul mmg betul,

tapi kalau kita yang berada di tempat mereka pun pasti akan di tohmah dan di fitnah juga kan.

moral : jauhi dari agenda politikus.

Anonymous said...

lama menyepi?
kemana menghilang?
:)

Anonymous said...

tu dia dr.iqbal bercakap

i have no comment when it has anything to do with politic

yay!

Ande Sikutawangsa said...

cofee holic,

kamu juga sudah lama menyepi,

di mana kamu?

John rindu sedikit. ;)

Anonymous said...

coffeeholic adalah John
ehehe
coffee mencari sumber ilham dijalanan

mungkin mencari diri

yay!

Ande Sikutawangsa said...

coffeeholic,

yah, itu dia kamu.

smoga kamu jumpa apa yang kamu mahu.