pukul 7.26.45 saat..
Aku baru saja dapat duduk depan skrin laptop untuk merabunkan mata aku lagi sekali (sangat lembab internet di kolej aku, nasib baik member ada kemudahan tanpa wayar keluaran Maxis). Aku juga baru siapkan satu rangka projek untuk semester hadapan yang tidak pernah lagi aku dan geng Rakan Taufan buat sebelum ini. Ya, Rakan Taufan sudah, bukan lagi JiwaRasa.
Aku inginkan satu rangkaian hidup yang normal tapi sangat optimis. Maksudnya aku ingin kehidupan aku ini penuh dengan aktiviti yang mampu memberi kesegaran mutlak dalam akal fikiran aku. Aktiviti yang berkaitan dengan penulisan dan seni adalah satu benda yang sangat mustahak untuk menstabilkan kembali daya fikiran aku. Ini adalah hakikat kerana.....jangan tanya lagi sebab aku punya bukti kukuh untuk melawan tohmahan-tohmahan kamu semua.
Semester hadapan merupakan semester yang indah dan sibuk barangkali bagi aku; Kalau lah apa yang aku dan Rakan Taufan cadangkan menjadi dengan baiknya. Dan aku berharap tidak ada lagi angin taufan yang cuba-cuba menceroboh dan melanggar aturan-aturan projek kami nanti (teringat masa pameran di UiTM induk Shah Alam).
Surat permohonan Wayang Pachak - selesai.
Surat permohonan pertandingan Akustik Lagu Puisi - selesai.
Surat permohonan pertandingan Battle of the Band - pun selesai.
Surat-surat lain - hampir...
Mohon Tuhan kembalikan daya aura mekanismelektronicismku yang dahulu.
8 comments:
"Tuhan janjikan kepastian untuk satu usaha"
ya..kekalkan semangat ini!
wei ada bacaan puisi bg tau aku...dah lama tak terlibat rindu doh..
coffeholic,
terima kasih. pasti tuhan akan membantu. itu janjiNya kan kalau kia berusaha?
amerzaman a.k.a muz,
mestila kekal..insaAllah..
tapi..roti canai biar aku yang tebar..amacam??..
faridwari,
owh, baaayyeeekkk..
fanzine jgn lupa...
puisi tiang lampu jugak...
kita kena aktif dan tonjolkan diri...
kalau serambi boleh, Rakan Taufan pun boleh, kan....
ratna,
puisi tiang lampu termasuk dalam wayang pachak juga.
fanzine sudah tentu tuntas nanti.
Ya,
moga Tuhan kembalikan daya aura mekanismelektronicismmu yang dahulu.
Aku juga akan menunggunya.
Kamu pasti berjaya.
Aku yakin.
bahasa jiwa ku,
insyaAllah..
terima kasih jiwa ku.
Post a Comment