Assalam...
Ada satu pertanyaan yang ingin aku kemukakan dan akan aku jawab sendiri nanti. Mungkin.
Apakah yang kamu-kamu lihat apabila membuka blogos manusia lain yang lebih hot atau pun famous daripada kamu? Adakah kamu akan melihat entrinya dengan teliti ataupun kamu akan melihat tajuknya sambil mengkaji maksudnya?
Pastinya diri aku tidak begitu.
Bagi aku; Aku melawat ke laman blog manusia lain dan perkara pertama yang terpancut dari deria akalku adalah untuk melihat ulasan-ulasan yang di berikan pembaca entri itu dengan bersungguh-sungguh.
Sebab apa?
Bagi aku (ini pendapat), aku lebih terkesan dengan membaca ulasan-ulasan yang diberikan oleh pelawat-pelawat sesebuah blogos daripada entri yang di tulisnya, lagi-lagi jikalau blog dan entri itu milik seorang yang sangat terkenal seperti mereka dan mereka dan mereka.
Ingin aku terangkan mengapa?
Tidak perlu rasanya kerana kamu-kamu mungkin lebih bijak daripada aku. Terima kasih padaku kali ini.
Namun ini tidak bermakna aku membaca entri-entri kalian secara lewa-lewi. Aku tetap membacanya sampai habis cuma antara aku faham ataupun tidak. Tapi biasanya aku faham dan hanya akan lebih faham apabila membaca ulasan-ulasan dari entri itu nanti.
Tersenyum.
Faham?
Oh,
Tunggu ulasannya nanti.
11 comments:
hit this.
www.nerakaku.blogspot.com
not available at the moment, tggu lagi beberapa hari. tulisannya addicting.
hmm..
beri aku masa
nnt aku komen entri ni...
ps: marlboro mati?
aapa aja kamoo ni dong:)
ya..
pemilik blog hanya menulis berdasarkan observasi dan interpretasi sendiri..
sahabat atau[un pengunjuglah yang membantu pemilik blog dalam menentukan keputusan yg akan dibuat.
saya sekadar membaca entry mereka
i dun really bother to read uo d famous ppl's cmnt...
ahli jiwa,
untuk apa?
cofeeholic,
ya, aku masih menunggu nih.
cepatan ya.
amer zaman,
interprestasi itu penting.
observasi...no komen.
hehe.
emyl,
owh yeah?
guwd.. :)
selalu nya coffee ke "blogos", er, blogos? tersenyum
mereka popular ke tidak itu tidak penting barangkali.
aku lebih gemar melihat pemikiran mereka yang menulis entri2 itu, berkenaan apa, buang masa, suka suki atau saja nak limpahkan emosi merata2 dan bertabuaran macam daun di jalanan.
pendapat dr mereka yang singgah juga penting sebab disitu aku tidak mudah terpengaruh dengan satu cerita sahaja
p/s pemikiran manusia lain-lain.
itu kita tak boleh ubah
blogos menulis berdasarkan pemerhatian...ia fiksyen tetapi bersandarkan fakta dari matanya yang melihat/merenung. Kadang2 isi penulisannya punya lapis makna. Yang lapis kedua dan ketiga itu aku suka renung.
kadang2 aku pun seperti kamo... :)
cofeeholic,
betul kata kamu.
pendapat manusia berbeda.
seperti anwar ibrahim dan tun mahathir.
tersenyum juga.
bang rudy,
betul tu bang.
yang tersirat itu yang paling penting untuk difahami.
azizulhafiz,
kau seperti aku?
awek aku comel tidak seperti awek kamu.
Aku same ngan ko..
bace entry orang yang aku kenal dgn teliti.. yang tak kenal bace gak, xp yg besh2 je bace..
sbb aku akan lebih mengenali mereka2 dengan lebih dekat lg..
"awek aku comel tidak seperti awek kamu."
wakakakakakakaka... itu pendapat mu!!
cuba kau tanya aku tentang kekasih mu, mesti aku hanya tersenyum sinis dan berlalu pergi tanpa jawapan kerana ku takut kau x dapat menerima dan terguris hati dgn jawapan yg ku beri... hahahahahahaha!!!!
Post a Comment