Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Monday, May 12, 2008

pelajaran hari ini pendidikan Islam II

Hari ini hari terakhir aku di kawasan kelungan ilmu. Dan petang nanti aku akan berangkat pulang ke halaman asal. Di halaman asal aku bukanlah tidak ada tempat ilmu untuk disilakan, tapi aku jadi bagai mati di sana seperti hari-hari tempoh hari.

Biarlah dengan itu. Sebenarnya bukan itu yang ingin aku ceritakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ingin bercerita tentang subuh. Kenapa biasanya orang tidak berkata permulaan hari adalah subuh atau lebih dekat dengan nama pagi. Kenapa? kenapa pekat malam menjadi permulaan hari. Aku berfikiran begitu kerana di tangan ku ada jam murahan dan di dinding rumah juga ada jam bulatan bentuknya. Jadi jam-jam itu berkata pada aku bahawa bermulanya hari bila ia berdetik tepat pukul dua belas. Pukul dua belas yang langit ketika itu gelap kelat jika tanpa bulan(mungkin dengan bulan lebih manis). Maksudnya hari bermula dengan waktu ciptaan si polan itu. Begitu? Berikan pendapat anda.


Ya sudah. Jam menipu aku lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Subuh sebenarnya bermulanya apa? Bermulanya hari atau bukan? Ataupun ada perkara lain yang bermula ketika subuh memunculkan dirinya? Mungkin juga ada. Manusia bangun untuk bersiap pergi ke tempat kerja, Manusia baru bermula untuk tidur 'malam'; Katanya dan manusia baru balik dari 'kerja' juga ada mungkin bermula pada waktu subuh ini.

Eh, aku tidak isi dengan perkataan ini, : Manusia bangun mengambil wudhuk dan mula beribadat.

Aku lupa.

Baik, aku bermula dengan yang baru.


Faham-faham sajalah.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Manusia sentiasa alpa dengan apa yang di pikul dan di pertanggungjawabkan. Walaupun ia punya kuasa seperti siri drama si penjajah Heroes, namun jika dia bernama manusia, dia tetap juga akan alpa. Yang hanya di ingatkan dalam kepala, selamatkan dunia. Bukan selamatkan diri dari neraka. Jauhkan ya Tuhan. Amiin.

Semoga kepulangan aku ke kampung membawa seribu rahmat sejuta manfaat kepada keluarga tercinta. InsyaAllah.

6 comments:

CarutPelbagaiKaedah said...

bermula hari baru adalah selepas maghrib john..bukan tengah malam.aku pasti ko tahu pasal ini..tapi kau perlu beritahu pada mereka john..kau beritahulah mereka.

oh john sudah pulang ke kampung ya? semoga kepulanganmu membawa rahmat dan kembali ke kelungan ilmu membawa berkat..selamat pulang dan kembali.

amer zaman said...

ya..susah nak bangun pagi sebenarnya..

entah kenapa..
tido awal pon susah..

terutama sekali mahkluk bernama
KAMU

Ande Sikutawangsa said...

CPK,

maghrib?

aku sepertinya mengerti.

aku rindu sama kamu.

opps.

noktah.


amer zaman,

kamu juga.

aku rindu.

haha. gila.

semester hadapan pasti kau takkan jumpa KAMU itu, yang pastinya kamu jumpa KAMU yang baru.


yang bangun pukul 6.30 pagi.

CarutPelbagaiKaedah said...

aku rindu juga pada kamu...punya nukilan..ish biarkan aku habis bercakap..jangan potong.

oh angin larkin datang berbisik..aku kurang dengar apa pesanannya apa..dan dari siapa..*aku tgh pakai headphone.

Ande Sikutawangsa said...

CPK,

aww.

terima kasih.

dia berbisik: sila datang ke johor bahru untuk melawat saya.

terima kasih CPK.

Ande Sikutawangsa said...
This comment has been removed by the author.