Semasa aku 6 tahun aku belajar tentang 6 rukun iman dan 5 rukun Islam.
Naik lagi umurku hingga ke 12 tahun, aku sudah tahu apa yang dosa dan apa yang pahala. Aku juga sudah mengetahui apa itu ahli sunnah wal jamaah.
Meningkat lagi umurku 15 tahun, aku sudah tahu menilai yang mana baik dan buruk dan masa ini juga aku sudah mimpi basah. Dan golongan wahabi sering memeranjatkan aku.
Semasa umurku enam belas hingga delapan belas, aku sudah tahu bercinta. Agama sudah sering aku tinggalkan.
Semasa umurku sembilan belas dan kini, genap dua puluh; Aku sudah di selubungi dengan rasa ingin tahu tentang semua perkara berkaitan kehidupan dan keagamaan.
Baiklah, cerita bermula di sini. Kamu tahu tentang berapa cabang mengenai agama?
Aku?
Yang pernah aku belajar di sekolah dan di surau semasa umur dua belas tahun cuma ada satu. Dan sama sahaja di sekolah dan di surau tentang apa yang aku belajar dan baca. Tapi kini sudah berbeda(mungkin juga dari dulu). Adakah ajaran islam kini sudah bercambah? Sudah ada satu dan empat? Ataupun enam dan dua belas? Ah, aku makin bercelaru.
Aku tidak mahu dikatakan tidak mengikut sunnah dan ajaran Al-Quran.
Aku cuma ada rasul junjungan yang satu dan Tuhan yang Maha Satu.
Ya, memang. Memang aku penuh kiasan. Sebab ini mengenai agama. Perlu di jaga hati-hati yang lain. Tapi ingat, jangan jadikan agama bahan mainan politik ya?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baik, sebenarnya aku cuma mahu tulis yang ini. Hari ini aku telah dapat agak banyak ilmu dari Maha Banyak Ilmu. Aku buka blogos ini, aku dapat yang itu. Aku buka blogos yang itu pula, aku dapat yang ini. Di wikipedia pun aku dapat yang ini dan itu. Dan perkara-perkara ini telah membuat aku terfikir, adakah kita seorang penulis radikal mahupun gerilla mahupun penulis popular (sama saja) di beri hak untuk menulis apa sahaja yang terawang-awang dan ter-imaginasikan oleh akal fikir kita? Apakah kita ini jauh dari undang-undang dan percaturan akhirat nanti? Pasti tidak jawapannya bukan?
Aku tidak salahkan sesiapa ataupun mengherdik mereka-mereka. Aku hanya merasa ingin tahu yang membuak-buak dari dalam hati berpunca dari kekeliruan yang datang dari pembacaan aku tadi.Kenapa terlalu banyak cabangan-cabangan agama dalam Islam? Mengapa tidak hanya ada satu aliran sahaja? Dengan imamnya ada yang nyatakan empat, ada yang nyatakan dua belas dan macam-macam lagi.
Entah, aku sendiri kurang mahir dalam bab ini. Aku cuma insan biasa. Aku rasakan aku patut ikut seperti apa yang ibu aku katakan.
"Kalau ragu2, lakukan apa yang guru di sekolah ajarkan sahaja. tak sesat dan di terima pakai kerajaan Malaysia kita." Ya, ini yang patut.
Aku juga sudah memberi kata putus yang digubal bersama amer zaman.
"Jangan bertanya apa-apa sebab soalan terakhir nanti pasti akan berbunyi begini : Siapa Tuhan?"
18 comments:
"Kalau ragu2, lakukan apa yang guru di sekolah ajarkan sahaja. tak sesat dan di terima pakai kerajaan Malaysia kita." aku sokong yg ini... kita pegang ape yg kita belajar..
azizul hafiz,
terima kasih.
aku dahulu pun juga pernah belajar fasal agama di surau berdekatan rumah aku. namun aku tidak rasa apa yang aku belajar itu menyesatkan.
Alhamdulillah.
byk cabang?
"sebab Tuhan cipta manusia untuk mencariNYA"
p/s: pernah mengkaji sehingga tertidur sewaktu bayan subuh di bangkok dan di wilayah labuan.
coffeholic,
betul tu, tapi jgn smpi kte ragu dengan tuhan sudeyy.. ;)
dah lame tak dengar bayan subuh. mase 'keluar' dulu pnh la.
dulu coffee seorang yang kuat agama juga.
lepas tu semakin dewasa
coffee banyak lupa
lagipon hidup di kajang tak macam di tempat2 yang caffee selalu ke bayan dan taa`lim
apapun, coffee puji sbb tulis entri ni. keep doing it
*selalu jadi perhatian kalkun
"Jangan bertanya apa-apa sebab soalan terakhir nanti pasti akan berbunyi begini : Siapa Tuhan?"
oh john..oh john
aku ada jawapan bocor untuk soalan ini..kau mahu? juga kau oleh kongsikan dengan yang lain.
cofeeholic,
kamu seperti sy.
ataupun sy seperti kamu.
dari umur 11 tahun hingga 15 tahun john ikut usaha dakwah.
pasir gudang agak ramai juga karkun nya.
usaha dakwah kat sana pun Alhamdulillah.
moga kita di beri peluang lagi keluar jalan Allah.
CPK,
jawapan?
apa dia?
tak saba lak nk dengar. :)
oh entry ini sgt ilmiah! sy terfikir banyak! penamat entry ini klise tetapi yg klise itulah AKAR UMBI dtgnya kita!
rudy bluehikari,
terima kasih kerana menyinggah ke teratak john.
bagi john hidup dan agama sememangnya sentiasa klise kerana perintah tuhan sama saja dari dahulu hingga sekarang - abdikan diri selamanya menjadi hambaNya.
lawatan pertama ke rumah adik john..
entri ilmiah... aku suka..
CoffeeHolic- jgn lupa suruhanNya
kita sama john
perlu menjelajahi lagi arah tuju Islam kemana lagi selepas ini
bekalan ilmu amat diperlukan
supaya kita tidak sesat lagi menyesatkan
tasik merah,
terima kasih atas lawatannya.
terima kasih juga atas bacaannya. :)
coffeeholic,
orang yang sesat adalah orang yang menolak ilmu dan agamanya. tapi ia lagi sesat apabila cuba untuk memutar belitkan suruhan agama.
insyaAllah.
coffeeholic: tidak akan berhenti berdakwah cara apa sekalipun selagi masih bernafas.InshaALLAH...
aku menanti jawapan dari CPK tu juga.
pernah dgr...Albert Einstein berhenti mengkaji kerana takut bertemu tuhan..
Wallahualam..
Mengkaji dalam2 pun tak guna jika mengamalkan.
Jadi..marilah mengajak ke arah kebaikan
inilah dia topic paling ngeri untuk disentuh jika dada ini nipis iman.
kalau main gitar, kita cari guru gitar.
kalau bawa kete, kita cari cikgu kereta.
kalau belajar agama, kita cari guru agama.
bukan ape, bimbang tersesat.
cabang agama yg byk? huhuhu...cabangnya byk tp smuanya menirus menjadi satu..
Islam itu satu.. cuma fahamannya sahaja berbeda..
Just pandangan sorg yg dhaif..hehehe.. boleh ditolak bila mahu..
selagi tak lari dari kepercayaan pada rukun Islam dan rukun Iman, serta peraturan dalam Kitab Suci AL-Quran, InsyaAllah apa yang kita pelajari selama ni tak menyesatkan. Yang sesat ialah yang tak tahu mana arah tujunya saja. hehe..
p/s: teringin nak berdakwah melalui bentuk penulisan lirik, skrip, dan sewaktu dgnnya..:)
cofee holic,
insyaAllah Ta'ala.. ;)
muz,
aku jugak.
lambat pulak CPK nih.
p/s : muz kata ada pembetulan. sebelum mengamalkan ada tambah 'tak'. hehe..
otak*kap5iti*rend@h,
selamat datang. ;)
itu lah fasal.
tapi insyaAllah, jalan masih terang lagi sekarang.
hehe..
bash,
salam singgah.
setiap pandangan ada kebaikannya.
terima kasih sbb bagi pandangan yang positif.
mastikus,
selamat datang.
betul tu.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud seperti ini,
"barangsiapa yang mengikut ajaranku(Al-Quran) dan sunnahku, nescaya orang itu tidak akan sesat."
insyaAllah..
terima kasih semua..
Post a Comment