Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Friday, May 16, 2008

perpisahan di terminal.

Kamu tahu tentang Larkin?

Umurnya menjangkau umur ibuku mungkin.

Tapi jangkauan terhadap umurku sudah pasti.

Sudahnya sampai aku ke Larkin, aku rasakan aku harus berbuat sesuatu sambil menunggu seorang rakan yang akan datang sekejap lagi untuk menjadi kenderaan kedua hari ini.


Dari celahan-celahan daun hijau kau tembusi ruang-ruang
Berdiri tegap namun kau bisa pergi dengan jauh


Itu lampu-lampu neon yang berada di perhentian Larkin. Aku perhatikan dengan penuh rasa emosi dalaman.

Aku padam emosi itu. Aku pergi kepada emosi lain pula.


Pabila malam
Masih lagi engkau bising
Masih lagi berderu bunyi enjin
Kau bina baris-baris bak bahtera tersusun


Di kala malam ataupun siang
Masih lagi ia tersusun rapi
Bercapuk tapi tetap gah berdiri.


Ini satu lagi omelan aku yang entah apa-apa. Mungkin aku cuba mengemosikan objek abstrak pula. Pasti kerana minachi di sebelah ku pandang dengan pandangan tirus. Sinis.

Aku gila mungkin detik hatinya.


Aku lihat pada satu sudut tipis
Ada juga yang menonton perpisahan
Mendakap anak kecil menanti perpisahan
Dan dimakbulkan juga perpisahan itu


Mungkin ibunya mahu pergi. Tinggal dia saja bersama seorang ayah barangkali. Perpisahan itu sememangnya sedih bukan?


Ku lihat pula dari sudut yang luas
Para rider sudah bersedia
Untuk berkemas tebal
Berlingat keringat di muka
Menghempas turun kaki dengan puas
Satu ibadah terlaksana sudah.

12 comments:

CarutPelbagaiKaedah said...

perpisahan..aku tak takut sangat jika aku dapat mengangkat tanganku mencapai kepastian unutk bertemu dan bertamu lagi..

penantian bagai kembara ke kejora. aku benci menjadi batu belah batu betangkup menanti korban telur tembakul.

oh tuhan ampun.aku mengarut di blog orang.tuan tanah sudah di jalanan perantauan atau masih berkira kira mengejar ayam untuk dibuat rendang ayam?

the indie story said...

adik ku john melawi, abg tidak kenal kamu. tapi aku cukup suka dengan kamu. jadi lebih baik abg tidak kenal kamu. takut-takut bila kenal kamu, jadi benci kamu. jadi yang mana satu kamu? kerna aku bukan kamu. jadi aku tidak kenal kamu.

jangan minum arak, main betina jauhi judi, dadah, rempit, samseng, dan yg jahat2. kerna jika kamu melakukan semua itu, Allah tidak suka kamu.

tapi abg tahu, kamu tidak akan buat semua itu. kerna itu aku suka kamu. walaupun aku tidak pernah kenal kamu.

rudy bluehikari said...

Bas bertali arus, atau pemikiranmu sedang bertali arus memikirkan sesuatu. Jangan "jiwa kacau" "masuk barisan" tetapi "gangguan teksual" itu menggugah fikiran...apalah yg aku merapu ni john! slmt bercuti.

Anonymous said...

hahaha.. selamat bercuti sahabat ku!!

amer zaman said...

erm..
kalau member kau tak amek lagi bagus..

kau dah boleh buat himpunan puisi terminal larkin

Anonymous said...

walau tak bisa lafaz salam perpisahan,
pasti tiba detik pertemuan-aadc

erm,
larkin?
aku sering ke sana.
kerap juga
sejak aku menetap di taman sri skudai,
taman u,
dan taman desa skudai di usia sekolah rendahku.

aku ke wisma larkin masa itu kalau tak silap
membeli batik
membeli kasot hitam pengawas.
tudung.
dan songket

indahnya saat itu.
kalaulah waktu boleh ku ulang semula..

Anonymous said...

rindu la sama kamu.. hahahaha.. ;p

Aina said...

perpisahan yang menyedihkan apabila aku kehilangan abg sedare aku..dan baru2 ni kehilangan opah yang disayangi.

perpisahan memang menyedihkan..tapi, percaya atau tidak, ada satu perpisahan yang menggembirakan.

berpisah dgn orang yang tak disukai..

Ande Sikutawangsa said...

CPK,

jangan takut pad perpisahan.

sebab ia adalah perkara wajib selepas pertemuan.

kamu juga belum lagi berpisah denganku! :)


Moderator,

terima kasih ya bang ats peringatan semua itu.

insyaAllah...


Rudy Bluehikari,

haha.

segala-galanya pasti ada isi tersendirinya juga.

selamat juga!


azizulhafiz,

wah, baru sekarang kau nak ucapkan??!

huh!

rindu konon....


amer zaman,

kau tak tahu mer,

larkin tu horor!!

haha.


coffeeholic,

aadc itu apa ja??

wah, saat kecil kamu di sana ya?

sekarang tidak jauh bezanya dengan dulu.


mastikus,

aku turut sedih dengan perpisahan yang kamu alami.

harap hidup kamu dapat terus dengan tabah kini ya.

mari sama-sama sedekahkan al fatihah kepada mereka-mereka yang telah meninggal dunia.

Hann Haidar said...

"kalo x berpisah, camne nak jumpe balik?", pujuk Amer Zaman tatkala aku buat muka masam x nak pulang ke rumah.

hye john.

ini hann.

bukan puteri kayangan.

jangan jatuh hati ya.

Anonymous said...

aadc- ada apa dengan cinta:)


:)

Ande Sikutawangsa said...

hann,

amer zaman pujuk kamu?

skandal suda ada???


jaja,

owh,

terima kasih.

;)