Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Tuesday, June 24, 2008

dunia membongkok.

Dunia semakin membongkok. Anda percaya?


Biasanya manusia yang bongkok bermaksud ia sudah tua, ataupun sedang menanggung beban di belakangnya.

Jadinya jika dunia yang membongkok, apakah yang dibebankan?


Baik, kita lihat pada suatu perkara yang lain pula.


Satu hari, berapa banyak perkara sumbang yang berlaku di depan mata anda tanpa di ambil endah? Jika saya pasti lebih dari satu.

Manusia sentiasa bermain dengan psikologi dan sosiologi yang meluas. Kekeliruan semakin bertambah apabila bertambah juga golongan bertauliah berlagak pandai.

Kita berpatah balik kepada dunia. Tadi saya berkata dunia membongkok. Kini saya ingin berkata dunia sudah tidak siuman.


Anda bantah? Peduli apa.


Bagaimana hidup seorang manusia yang tidak siuman? Anda melihat dan menilainya bagaimana? Dirinya sendiri pula menilai bagaimana?

Berbeza bukan?

Jadi benarlah dunia sudah tidak siuman. Di mata manusia bertauliah berlagak pandai dunia semakin teratur dan maju'lah'. Namun disebaliknya pula...baik anda fikir-fikir sendiri ya.


Berusaha untuk terus hidup itu penting walaupun hakikatnya dunia akan hancur juga.


Baik, saya ada satu hadiah untuk dunia:

banyak lagu bisa aku nyanyikan
banyak juga kehidupan bisa aku aturkan
kehidupan yang sia-sia adanya dan
kehidupan yang pantas juga hilang dari syurga dunia.

hebat-hebat juga manusia akhir musim ini
bisa atur apa sahaja tentang takdir
menterbalikkan fakta jaguh akal fikirannya
juga mejijakkakikan akhirat juga pintar dari tuhan andalnya.

murtad tidak lagi di buat kira-kira
apa lagi maruah bangsa yang lagi di anggap enteng
tunggu saja suatu masa nanti akan tiba
agama dan tanah lecak sama tinggi parasnya.

manusia itu hakikatnya bermula dari tuhan
akhirnya juga kepada tuhan
langsung menyusuri hidup dengan abdikan diri kepada tuhan
tuhan agung lagi perkasa
tuhan Maha mampu Kunfayakun apa sahaja.

jiwa umat kini sering menyimbah amarah Pencipta
menyumpah lengit insani diri sendiri
lengit untuk beribadah
lengit untuk perjuangkan bangsa.

ingat agama bangsa seperti kanak-kanak
yang bisa dijajankan dengan gula-gula
maruah bukan harganya wang
tapi nilainya yang tak terharga!

5 comments:

mapieceofart said...

huhu... ade dalam akhbar minggu lalau, seorang ulama' mengulas, dunia ini 4 peringkat zamannya. kita skarang ni dah ade dalam penghujung zaman peringkat ke-3, maknanya dah nak masuk peringkat ke-4, yang benar-benar akhirul zaman! sangat takut...

lihat saja ragam manusia... ada yang suka membunuh sebagai hobi, ada yang bertukar jantina tiga kali, ada yang boleh buat orang hampir mati hidup kembali (teknologi perubatan)... dunia makin maju pun sbenarnya merisaukan juga... sedangkan kita... apa usaha daya? (ya, aku juga...)

Allahuakbar...

Ande Sikutawangsa said...

mapieceofart,

salam ketemu

lama menghilang?

mana pergi?

Anonymous said...

john melawi- cakap dia (mapieceofart) menghilang?kamu tu yang hilang . sama aja. hehe

Dunia membongkok..
atau bongkak?
sama aja.
kali pertama aku rasa sudah kepenatan untuk bercakap.
apa tindakan kita?
apa tindakan ku?

.....................

Ande Sikutawangsa said...

cik jaja,

emm..

emm...

saya bz la cik jaja sayang sket.

hehe.

kadang-kadang dalam sesuatu perkara kita hanya perlu berdiam dan duduk diam-diam.

kan?

Anonymous said...

john melawi- saya seratus peratus setuju.


diam-diam bersebab.