Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Thursday, July 24, 2008

antara yang mana satu?

antara puitis dan kawan-kawan. yang mana satu menjadi pilihan?

antara ikhlas dan kecantikan. yang mana menjadi idaman?

antara kaya dan setinggan. yang mana di pandang?

antara matang dan gila-gila. yang mana menjadi taruhan?

antara baik dan berpura-pura. yang mana diperkotak-katikkan?

antara hamba dan majistret. siapa lagi berkuasa?

antara kain pelikat dan kabur. apa yang lagi berjaya?




antara huruf besar dan huruf kecil.

itu sahaja.


22 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

hmm.. Harus dipikirkan bait-bait ini.. Saya sedang berfikir..

Aina said...

kenapa wujudnya perkataan "antara"???
kerana perlu memilih satu antara dua??
atau sengaja mahu mewujudkan jurang dalam apa jua yang ada di dunia ni???
jeng jeng jeng,...

Ande Sikutawangsa said...

izwan,

salam kenal.

fikirkan sebaik mungkin ya.


mastikus,

dalam dunia memang ada jurang.
dekat planet marikh pun ada jurang.

tak mustahil manusia pun ada jurang nya.

macam kamu dan aku la. ;)

tasekM said...

antara kau dan aku?

ahaks

mapieceofart said...

antara satu dan dua...
tak kupilih mana-mana antara mereka... kupilih lapan...

boleh??

=)

Anonymous said...

aku tak mahu jawab









betul

Ande Sikutawangsa said...

tasik merah,

antara kau dan aku?

aku atau kau dan aku?

ha, ha, padan muka tak paham. ;)


mapieceofart,

yang ke lapannya adalah,

antara macho dan comel. kedua-duanya john melawi kan?


cofeeholic,

kebetulan terkena sama yang terkenal.

Hann Haidar said...

antara nafsu dan rasa kasih, logikkah terkeliru?

antara mahu elak perkara buruk dan mahu lari dari tanggungjawab, yang mana satu perlu jujur untuk diakui?

antara lelaki yang yang memburukkan dan perempuan yang diperburukkan, pada bahu siapa tanggungjawab itu terbeban?

antara nafsu dan akal, yang akhirnya bersatu, siapa yang harus dipersalahkan?

antara rasa takut dan sayang, yang mana harus pergi?

antara hati yang memberi luka dan dilukai, mana lebih parah?

antara ego dan kasih, mana lebih perlu untuk menyintai?

aku ini gadis yang diperbodohkan, ditabur dengan ayat2 enak, aku ini cuba menjadi sempurna agar kami tenang bersama, tetapi sungguh aku buta dimana silap dan salah aku, dihujung jalan, cinta aku ditendang ke longkang, tanpa aku tahu mengapa.

persoalan demi persoalan.

mana janji2 yang riak disebut dulu?

aku ini gadis yang jiwanya dihenyak apabila ikhlas memberi.

tetapi, masih mampu berdiri.

dan mungkin..masih mengharap.

mungkin, ya mungkin.

aku ini gadis yang mahu menumbuk dendam muka dia, tetapi apabila diberi peluang, aku hanya mampu menangis di kaki dia.

Anonymous said...

aku pilih apa ya?
mungkin pilih diri sendiri kerna jika aku membuat pilihan takut pula tak tertanggung kesan dan akibat
namun memilih diri sendiri masih lagi satu pilihan

Ande Sikutawangsa said...

ahli jiwa,

kamu harus berterima kasih kepada tuhan kerana memberikan sebab untuk lebih berkarya. ;)


CPK,

kamu. sudah lama tidak ketemui kamu. kamu.

amscreamo said...

uish...baru borak..dah jadi entri...hahaha

amer zaman said...

haha.

antara hitam dan putih.

dalam putih ada hitam utuk menjelaskan putih..

dan apa ertinya putih tanpa hitam.

faham?

kalau semua baik,ada ker istilah baik?
macam kat utopia.

Balkes Izawani Zanariah said...

membuat pilihan bukan bermakna memilih.

menjadi idaman bukan kerana cantik atau ikhlas.



emm..

xthu dh nk komen apa..
tp nk komen gak..

haha..

Ande Sikutawangsa said...

amscreamo,

haha.

ada idea, apa tunggu lagi.

haha.


amerzaman,

faham bang muz.

kejahatan kan penyeri kebaikan.

kan?


balkesku,

nak jugak.

saya nak pilih awak.

noktah.

perlu membetah?

Cik-MeGa said...

antara kau dgn aku, sape lagi gumok???

dunia tahu tentang tu...

:-p

Tokyo BLUE said...

salam kenal..

malas nk buat pilihan.. coz fening fening,.. hehe

Ande Sikutawangsa said...

armada ungu,

aku dah semakin kurus macam muz la.

muz kan kurus.

kan2?



tokyo blue,

salam di terima.

jangan lupa ambil panadol active fast.

agak berkesan juga.

Zumar Mariah said...

antara huruf besar dan huruf kecil.

aku roman picisan~
hahaha..
xde kene mngena zuren!!!
sje je mnyemak...;b

Hann Haidar said...

john.

Ande Sikutawangsa said...

renhalus~,

apa itu roman picisan?


akukah? ;)


zuren..dah lama tak dengar khabar.


ahli jiwa,

ya, boleh saya bantu?

saya adalah kaunter pertanyaan sebenarnya.

Hann Haidar said...

apa ada dalam seluar dalam lelaki?

akalnya kah?

Ande Sikutawangsa said...

ahli jiwa,

kadang-kadang akal dia turun ke situ.

tapi aku juga lelaki.