Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Tuesday, July 8, 2008

Ayat-Ayat Cinta!!

Kali ini aku ingin ber romantis.

Tentang hati dan jiwa yang selalu juga meronta-ronta.


Tahu kenapa?

Kerana bosan dan sepi telah temui aku dan berkata,:

"Aku ingin bertakhta di hatimu".


Dan satu lagi.


Kerana aku ingin mencari erti pundi kata ikhlas dan sabar.

Kamu tahu ertinya?


Adil.


Aku mulakan kata romantis dengan cinta.

Cinta itu tidak adil. Percaya?


Anda bercinta dengan dua wanita.

Adilkah anda?

Anda bercinta dengan seorang wanita sahaja?

Terasa adilkah diri anda?


Ikhlas, sabar dan adil.


Sebenarnya aku baru sahaja menjadi jakun setelah lewat menonton cerita Ayat-Ayat Cinta yang telah di aplikasikan ke dalam bentuk filem yang sebelum ini adalah sebuah novel.

Ikhlas, sabar dan adil.

Cukupkah itu semua dalam percintaan yang kita jalinkan?


Ah, terasa jiwang dan romantis pula hidup ini.


Bak kata Yantzen,

"Jangan hancurkan hidup yang indah ini".



Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

(
Terima kasih Sifu)


Terasa di awangan bukan?

Haha. Aku kurang senteng tapi bahagia!

4 comments:

Cik-MeGa said...

cinta itu tanggungjawab....
tanggungjawab itu besar...
besar itu berat...
cinta itu berat....
jgn bercinta, anda akan gemuk dan menjd berat....

Ande Sikutawangsa said...

armada ungu,

aku suka permadahan kamu.

Aina said...

cinta??
lama tak bercinta..
lupa dah bagaimana rasanya bercinta tu..
sekarang ni tengah bercinta dengan tuhan, keluarga, kawan2 dan cita-cita.
lelaki??
jeng jeng jeng...teropong2!

Hann Haidar said...

macam mana kalau kita bersama seseorang itu sekian lama.

hari ini, kita baru tahu dia, ya, dia, tidak langsung bersedia dengan hidup baru ini.

hati aku pecah. ya, sumpah.

aku dihenyak.

aku hanya bertahan.

hanya mampu bertahan.