Ada suatu yang tak mungkin aku luahkan buat masa kini.
Suatu yang mungkin akan menjejaskan hubungan aku dengan segenap masyarakat di sekeliling.
Aku tak tahu apa yang di inginkan oleh hati aku ini.
Dia seakan meronta-ronta ingin keluar dari badan ini untuk bersama-sama melihat dunia.
Sampai begitu sekali keinginannya.
Pasti begitu ajaibnya dunia inikan. Katanya.
Suatu apa yang tak bisa diluahkan oleh John Melawi ini.
Pertama kali seperti diari peribadi aku buat khas untuk di sini.
Ada sesiapa ingin membantu jangan lah membatu kerana..
Kerana John Melawi sendiri tidak tahu apa yang di carinya.
Dan perlukan bantuan sebenarnya.
Wanita bukan lagi pilihannya kerana. Titik.
Bukan lagi tempat hiburan untuknya maksudnya.
Mungkin tuhan sedang sembunyikan apa yang hati aku inginkan agar aku belajar bersabar dan berusaha lebih.
Usaha untuk bangun lebih awal??
Solat subuh?
Baik, satu...emm,,bukan. Banyak perkara yang kamu-kamu perlu tahu tentang John Melawi.
2 tahun sudah tidak amal:
1. Solat
2. Baca Al Quran
3. Berhenti buat benda tidak baik
4. Untuk mencari ketenangan hidup abadi.
Sesuatu yang menakutkan apabila ibu mertua dapat tahu tentang diri kamu. dan John Melawi.
Teruk juga John Melawi kan?
Siapa yang berani bantu John Melawi?
Sila angkat tangan tapi jangan lupa pakai deadorant dahulu ya.
Terima kasih.
(Pandai kan John Melawi mencari perhatian kamu dengan menipu?)
Selamat tertipu!!
14 comments:
yup, pandai kamu menipu.
haha..
sama2 ingat mengingati.
aqila,
terima kasih kerana menyinggah.
;)
rudy,
terima kasih bang rudy.
aku sanggop tulun.
ahli jiwa,
apa yang bisa di turunkan dan ditolongkan untuk aku?
berpesan2 ke arah kebenaran...
alhamdulillah...
kaf ba ra kaf alif ta nun...
ape muhammad adif?
hehe.... =)
mapieceofart,
aku tersenyum membaca komen kamu.
:)
hekkk...
aku tertipu??
ceh...
ha, kalau betul tipu...
jangan tinggal kewajipan tu..
nasihat dari makcik rania yang best!! hehehe
Hebat!!
john,
penghargaan dan perhatian.
cukup untuk hidup.
John,
macam mana jika hari2 kau sangat susah
dan..
kau tiada tempat untuk berpaut.
even pada orang yang kau sangka kau boleh berpaut.
aku suka bila di tipu.
sebab aku sedar betapa zahirnya aku.
:)
yea,,,tipah tertipu.
sob3...
Adikku John Melawi yang dikasihi,
Tertipu atau tidak, abg ingin beritahu mu ini:
1) Allah swt. itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Rahmat NYa mengatasi Kemarahan Nya. titik.
2) Islam itu tertegak dengan kepercayaan yang kuat "TUHAN ITU ESA (satu). Dan apa yg dibawa oleh seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah semuanya adalah BENAR. Tiada yg tidak benar melainkan benar. Mati itu benar. Kubur itu benar. Hari Pembalasan juga benar. titik.
3) Kita ini manusia. Banyak sekali kelemahan. Hari -hari berbuat silap. Tapi itu bukan bermakna kita bebas berbuat seperti BINATANG semahunya. Maka buatlah kebaikkan walau sedikit. Kebaikan menggunakan akal adalah perbezaan kita dengan binatang. Manusia tidak boleh bebas semua. Jadi kesimpulannya BEBAS MUTLAK ADALAH HAK BINATANG. Jadi manusia itu tertegak dengan MORAL YANG TINGGI. Itu kata ahli falsafah Yunani Kuno yang bernama Yang Mulia SOCRATES & PLATO. titik.
Yang terakhir tidak bernombor. Nasihat abang, kamu akan MENGENAL TUHAN JIKA KAMU BENAR-BENAR INGIN MENCARI. Nasihat Ku carilah dengan Akal, Tauhid, & Buku-Buku Berat yang SAH. Abg juga dalam proses mencari KEBENARAN TUHAN.
Hisaplah rokok jika kamu tidak mampu berhenti. (Jika mampu bermakna kamu lebih berjaya daripada diriku) Tapi jangan sesekali ABAIKAN SOLAT. Solat itu logik pemikiran.
Ini kata-kata terakhir ku:
"ISLAM ITU LOGIK. LOGIK ITULAH KEBENARAN"
(tapi harus diri mu ingat bukanlah pula logik berdasarkan pemahaman mu sendiri-sendiri. Harus dirujuk dengan akal dan ulama IMAN BESAR 4 MAZHAB). Jangan ikut Wahhabi.
Wassalam.
*pembayang satu
*pembayang dua
dalam badan hati berperang
di luar mata menangis
*pembayang satu
*pembayang dua
apa gila padamu tuan
burang terbang dipipis lada?
kadangkala suara hati menjerit bagai nak gila tapi entah mengapa tidak terdengar oleh minda, mengapa suara suara itu mengamuk dan membising.
aku tak dapat bantu kamu john.hanya kamu dapat bantu diri kamu sendri. macam mana.eh jangan tepuk dada orang..nanti kena pukul.tepuk dada sendiri.perlahan2 dan ucapkan.."eh bro..ko isap rokok tempat lain boleh?"
oh cpk sudah gila
Post a Comment