Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Saturday, September 20, 2008

perasaan pemikir.

Apabila manusia cuba mencambahkan perasaannya sama seperti dia ingin mencambahkan pemikirannya.

Sangat berbeza kerana perasaan adalah perasaan dan pemikiran disebabkan perasaan.

Atau perasaan disebabkan pemikiran?


Tidak mengapa, setiap orang ada hak untuk bersuara.

Tapi apabila manusia sepenuhnya diberikan hak untuk bersuara, jadinya lain pula. Seperti anjing yang apabila seekor menyalak, sekelilingnya juga ingin menyalak. Malah lagi ingin lebih kuat dan hebat nyalakannya.

Biasalah, binatang. Bukan manusia.


Kita bercakap tentang perasaan. Tentang perasaan yang selalu dipermain dan selalu dipertikaikan. Saya bukan seorang pelajar yang terpelajar untuk bercakap hebat. Kerana itulah kadangkala setiap perasaan saya tidak dapat di visualkan ataupun di monolog luarankan.

Seperti apa yang dikatakan seorang pemilik blog ini, "kita kadang-kadang ada suara yang tak boleh disuarakan - kasihan, binatang pun bebas untuk menyalak dan bersuara". Jadinya adakah lebih baik jadi binatang dari jadi manusia?


Ini adalah dari kata-kata tuhan. Manusia adalah makhluk ciptaannya yang paling sempurna. Ia menjadi sempurna kerana adanya perasaan dan akal.

Indahnya apabila perasaan yang sememangnya indah itu dapat dipenuhi segala permintaannya. Tidak ada had dan sempadan seperti inthernet jika serve melalui streamyx.


Perasaan dan pemikiran.


Dalam dua hari, saya telah mendengar 3 kisah sedih tentang perasaan manusia yang dipermainkan. Kasihan mereka. Mereka tidak seperti binatang yang tak perlu untuk memikirkan semua itu. Yang tahu hanya sodok dan pancut.

Untung mereka bukan binatang.


Ahhh.

Indahnya perasaan itu jika tidak perlu untuk memikirkannya.

13 comments:

amer zaman said...

aku sekarang cuba mengawal perasaan dengan pemikiran...

susah..tapi tetap kan ku cuba...

tentang 3 orang tu.

mungkinn hukum karma?

Anonymous said...

susah tu amer..hati bukan boleh dikekang..perasaan tak dapat dihalang..bagai air datang melimpahkan..cara lain..alihkan aliran air itu..awas jangan sampai banjir kampung sebelah.

Ande Sikutawangsa said...

muz,

hukum karma tercirit kot.


haha.

incik CPK,

tp kalo aliran ada pusaran macam mana?

susah jugak kalau sungai dua cabang.

ratnakesuma said...

apa yang kau tahu ttg perasaan?


aku jadi sedih tgk kau bila kau ber'perasaan'.

amer zaman said...

itulah yang aku cuba...

dah nak pecah empangan ni...

alhamdulillah..ada cuaca panas.

Ande Sikutawangsa said...

idora,

soalan tu utk amer atau aku?

kalau utk aku, perasaan tu tiada jawapannya.

Hann Haidar said...

salam singgah, john.

senyum*

Anonymous said...

kau rasa pemikiran aku bagaimana?

Ande Sikutawangsa said...

ahli jiwa,

ha,singgah la sllu.

m'rapatkan lagi hubungan.

hahah.


coffeholic,

pemikiran kau yang aku rasa.

aku cuba memikirkannya nnt.

;)

Anonymous said...

john beraya di 7e kah?

rockaaza said...

nasihat dr orang tua cam gua neh.....sakit paling truk adalah sakit perasaan..so...kalau xmau sakit jgn main perasaan.

Anonymous said...

selamat hari raya
maaf zahir batin

Ande Sikutawangsa said...

ya iyalah khadijah. pengalaman. ;/



betul tuh wan. jangan. main mercun pun bahaya.