Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Sunday, January 18, 2009

cuba kau cuba

teruskan usaha anda untuk menutup mulut tempayan.

teruskan usaha anda untuk menutup mulut manusia.

teruskan usaha anda untuk menyebarkan segalanya.

teruskan, teruskanlah.


sekarang ni sudah ada cara baru buat diri aku. biskut chipsmore. ataupun apa-apa pun yang boleh di lihat sebagai perkara yang sekejap ada, sekerap ada. sekerap, bukan sekejap.

adakalanya manusia suka mengubah dan menggubah perihal dalam menjalani kehidupan yang belum tentu kemana akhirnya sebelum mati.

masih lagi mencari-cari walaupun sudah sedia tahu bahawa yang dicari itu hanya berada di bawah tapak kaki saja. suka berpura-pura tidak merasa apa yang di pijak.

filem, penuh di dalamnya dengan isi-isi tersirat dan tersurat. puisi, sarat dalamnya dengan kata-kata yang artistik dan bergimik. biasalah, semua yang ingin di buat mesti kena lebih mengancam dan bertenaga.

entahlah, sembang lebat.

1 comment:

amer zaman said...

ada orang suka komen mengarut, sampai tak siapa faham.

jenis sembang lebat juga.

entahla...kau faham tak aku komen?