Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Friday, May 8, 2009

malaysian friday.

sepetag selepas waktu solat jumaat. riuh rendah di satu bilik tempat aku pratikal kalau plan hari ini jadi seperti yang dijangkakan. haha. itu je yang boleh aku keluarkan selepas penat-penat aku bungkus baju semua, datang je opis bos cakap projek cancel. keji.

Monday, April 27, 2009

dan sebenarnya

Semalaman aku bersama angin bertiduran. Menghayati irama mimpi yang semakin menipu aku. Tentang bayang-bayang dan panorama indah. 3 kali mimpi aku menguis-nguis kisah lama. Kau tahu, sambil mendengar lagu yuna dan sebenarnya, faizal tahir bercinta dan pretty ugly bidadari, aku menutup mata sambil berkata,

"celaka punya mimpi. jangan ganggu aku lagi."

lepas itu, aku cuba pula nyanyi bersama Sony Ericsson K660i seperti ini. Cuba ikut Yuna bernyanyi,

Siapa yang berjalan disebelahku
sambil berpimpin tangan
memandang ke langit biru

dia memercik air jatuh ke kelopak bunga
dan berkata aku ingin jadi milik kamu

berkedip hati berbunga-bunga
menerawang segala rasa-rasa
sehingga suatu masa kau berkata semula

cinta, aku benci pada cinta
cinta cemburu melulu-lulu
tiada rasa lagi kasih kelopak bunga
oh sedihnya

aku bagai menulis tanpa rasa
menangis tanpa irama.


p/s: ada kawan aku duduk sorang2 kat rumah dia. tapi aku takut nak ajak makan sama2 sebab nanti kang ada yang buat gosip. haha.

Tuesday, April 21, 2009

wadefak

tolong produser sekalian agar cepat terbitkan filem.

sebab nanti pengkritik filem-filem ini akan menyiarkan siaran sumbing dan bangkai.

mereka-mereka itu akan cuba mendominasikan kepala otak pembaca dengan teori-teori boomplastik mereka yang tiada kena mengena.

satu hari nanti aku nak suruh mak aku bagi teori kat dia jugak.

nak beritahu ke bagitahu

aku tak tahu.

tapi aku sedang cuba untuk ambil tahu dan terangkan supaya semua orang tahu.

tapi mesti kalau orang dah tahu nanti, tak sama macam mana aku tahu sekarang.

tak tahu la macam mana nak bagitahu.

Friday, April 17, 2009

tekanan jiwa

Jiwa aku aku beberapa jenis tekanan yang dah lama jadi permanent.

pertama - tekanan jiwa

kedua - tekanan jiwa

Ia semakin bertambah apabila si karim itu mula datang dekat dan membebel tak tentu arah. di babikan tuhan, mengeluh la, sikit-sikit gersang dan macam2 lagi karim tuh.

memang aku rasa sangat.

sangat tertekan sekarang.

Monday, March 2, 2009

sehirup kopi

buatkan aku satu cawan kebahagiaan. kemudian tambahkan dengan secamca kemanisan. dan sesudu serbuk yang bisa beri pengajaran.

sudeyyy..tidurrr......

ilham

manusia dijadikan dengan akal yang mampu berfikir dengan kejauhan yang tersendiri. yang mampu untuk mengatakan ya dan tidak dalam pemilihan sesuatu perkara. namun kadang kala manusia keliru tentang kebolehan akal masing-masing. kerana itu lah ada manusia yang bijak namun sesudahnya di tempat yang tidak bijak. sama juga manusia yang tidak bijak, sebaliknya berlaku.

walaupun begitu, jika manusia itu bijak untuk menggunakan akalnya dengan baik (baik bukan ertinya tidak jahat) mampu untuk berbuat sesuatu yang di luar kebiasaan manusia lain. itu maksudnya kebolehan. tapi sebenarnya bukan...

manusia tersebut bukan berkebolehan, tetapi dia sebenarnya ingin melakukan perkara itu. ataupun dalam erti kata yang lagi senang di mengerti, manusia itu rajin mempraktikkan dan rajin mengimiginasikan.

sebab itu lah tuhan beritahu manusia itu bukan kejadian yang sia-sia. maksudnya diri aku bukan sia-sia. disebabkan tidak sia-sia, seperti biasa tuhan memberi aku satu otak untuk berjuta bilion trilion akal untuk berbuat sesuatu yang di luar kebiasaan.

maksudnya, adakah setiap perkara yang aku lakukan di luar kebiasaan ataupun mampu mengisi satu tempat persoalan yang kosong di setiap hati manusia lain? kalau ia, itu namanya kejadian aku tidak sia-sia.

sama juga engkau. bikin filem jangan akhirnya jadi sia-sia. bikin skrip juga(untuk aku).

Tuesday, February 17, 2009

kau sumber ilhamku

kau sumber ilhamku



seperti tatkala aku melihat filem forest gump, gelora dalam jiwaku bersemangat untuk pergi maju ke depan, untuk menggapai apa sahaja yang di hulurkan di depan mata.

Walaupun aku tahu bukan semua milik abadi diriku, tapi aku tetap mencuba. Seperti tabahnya Tim Roth semasa di dalam filem Legend of 1900. Sanggup hidup di dalam kapal hanya untuk mengekalkan sejarah yang dicipta. Prinsipnya.

aku sedar, perkara ini takkan kau lihat atau terperasan pun. walhal itu, aku tetap mencuba walau dalam persimpangan yang berbeza, sangat berbeza sehingga tak mungkin jalan aku bertembung dengan jalanmu. Seperti hidupnya manusia dengan malaikat. ataupun bidadari.
aku manusia, dan kau bidadari.

alangkah indahnya jika kau dapat ke sini.

Thursday, February 12, 2009

tajuk

menanti senja ramadhan.

perkataan ramadhan taknak. tukar lain!


bro/sis, apa tajuk yang sesuai untuk menggantikan tajuk di atas tu?

Sunday, February 8, 2009

syurga bukan bawah tapak kaki ayah tapi...

seorang bapa tiri.

apa pandangan anda?

secara meluasnya dalam berita terkini tidak ada satu pun yang menyiarkan seorang bapa tiri menyelamatkan anak tiri perempuannya yang hampir lemas. ataupun seorang bapa tiri sanggup keluar pagi dan pulang petang untuk bekerja sebagai pekerja kontrak buat rumah tanpa bekal makanan ataupun wang di saku, hanya kerana untuk menyara keluarga dan anak tiri bersekolah.

tidak ada.

jadinya adakah bapa tiri ini satu gelaran yang menakutkan untuk anak-anak kepada balu?

fikirkan.