selalunya ada orang yang bising-bising pagi ini.
hari ini pun ada juga.
kenapa dia buat bising pagi-pagi begini?
"abang, kenapa ada orang cakap kuat-kuat pagi-pagi macam ni?"
"dia mahu kejutkan orang bangun pagi. tapi kita tidak perlu ikut bangun"
"kenapa? bukan kah bangun pagi itu bagus abang?"
"jangan banyak tanya. nanti tuhan marah"
setiap hari mungkin 5 kali dia buat bising.
tapi bunyi bising itu indah.
abang cakap jangan fikir fasal bunyi itu.
nanti kita sesat.
jadinya tidak lagi di ambil pusing bising yang indah itu.
"semuanya salah abang. abang tidak mahu kita aman akhir nanti"
jom minum jus oren dan susu pagi hari.
6 comments:
saharusnya, semua orang sedar akan kesilapan.. dan sentiasa tegur menegur, baru hidup aman sejahtera. bukan menyalahkan org lain..
masa bila manusia tidak menyalahkan manusia yang lain?
bisalah sifat manusia menyalahkan yang lain demi melepaskan tengkuk masing2 kadang2 perlu juga persalahkan orang juga bila orang itu benar2 salah.
ops..susu dan oren..maaf perut gendut ini tidak laktos toleran.
aku suka budak part 3 batch kamu
semua bakal jadi pengkarya
teruskan!
azan ker bunyi bising yg dimaksudkan..??
mendalam juga membaca org mcm kamu nih yer... huhu...
susu + oren... nyaman...!
kecik2 dulu mak aku larang minum susu campur oren...die ckp nnt tali perut bersimpul sbb orn+susu nnt jadi berketul... haha... kecik2 dulu... tapi susu yoghurt n susu kultur bleh plak campur kan...??
teknologi...
betul tu carutpelbagaikaedah.
sampai bila manusia cuma nak tinggikan kebenaran teori ciptaan sendiri.
haha.
caya la miss jaja.
kita sama-sama cipta satu suara muda!
teknologi memang menggelapkan mata pengikut2nya.
tapi memang sedap pun susu campur oren mapieceofart.
haha.
Post a Comment