Pagi tadi tangan aku berkejar-kejar hendak menghantar tulisan ke dalam blog. Tapi rupa-rupanya aku sudah bazirkan kelajuan tanganku untuk menaip kerana tiba-tiba internet dikolej ku terima kejutan masa - tak ada langsung.
Aku ingin menceritakan tentang seorang tukang sapu. Semua orang kenal makcik tukang sapu. Walaupun mereka ada nama yang indah-indah dan sedap di dengar, namun tetap ramai yang memanggilnya makcik tukang sapu (mungkin tak tahu namanya la tu). Tapi tidak mengapa, makcik tukang sapu tetap bersahaja meneruskan penyapuan sampah-sampah yang di lontarkan oleh kita-kita.
"Tak apa, sudah tugas makcik".
Ibuku pernah menjadi makcik tukang sapu. Malah makcik cleaner tandas pun pernah menjadi gelaran ibuku. Ibuku seorang yang sangat-sangat dan sangat tabah. Oh, sebelum itu aku ingin memberitahu bahawa tahun ini ibuku berusia 45 tahun. Ya, 45 tahun masih muda barangkali. Tapi ibuku orang tua, bukan orang muda. Ingat, tolong hormati ibu saya!
Berbalikkan kepada makcik tukang sapu. Setiap pagi aku dapat mendengar makcik tukang sapu menyapu daun-daun dan sampah-sampah di jalanan kolej kerana bunyi penyapu yang di seret di jalanan agak kuat sehingga menyinggahi di bilik dan lekat di telingaku. Rajin aku mengandaikan dirinya. Aku terfikir, mengapa dia memilih untuk menjadi makcik tukang sapu? Adakah dia takut nanti tiada siapa yang ingin menyapu sampah? Atau, tiada pekerjaan lain yang setaraf dengannya?
"Eh, dia lagi tinggi tarafnya dari kamu-kamu semua sebab dia adalah seorang ibu!!"
Kalau kamu juga seorang ibu, berbanggalah.
Aku terasa terharu sungguh apabila mengingatkan tentang makcik tukang sapu yang tua mendaki tangga demi tangga di kolej ku untuk membasuh dan menyapu sampah di tangga-tangga itu. Alangkah gagahnya si tua itu menunaikan tanggungjawabnya.
Aku tak sanggup lagi untuk terus melayangkan fikiran kepada makcik tukang sapu tanpa melihatnya yang sedang menyapu-nyapu itu. Lalu aku bangun dan melihat dari ruang koridor rumahku.
"La, ingatkan makcik tukang sapu, rupanya pakcik tukang sapu..."
Ironisnya dunia...
20 comments:
setiap kali bertemu, aku pasti memberikan senyuman pdnya.
takdir kita dio mana-mana.
kalau benar dia jijik, kenapa dia yang bersihkan.
jgn pertikaikan. hormatilah.
dia ibu, ibu jugalah dia pada kita.
"bercakap atau bisu"- renungkanlah ironisnya
aku suka entri ni....
ya...
dunia sungguh ironis...
juga makhluk2 di atasnya...
aku juga ada kisah pasal makcik sapu sampah..
makcik ni dia seorang yang baran. dah bnyak kali berkawin cerai. ramai orang benci dia sebab dia tak bnyak bercampur dengan orang dan year dia baran. dia ada dua orang anak. abang makcik punye isteri selalu hina dia. tapi sekarang anak dia walaupun dua tapi semua berjaya. setelah dia mati rupanya dlm bank dia ada rm70 ribu. duit tu dia kumpul masa anak2 dia bg tiap bln. betapa mulianya seorang makcik sapu..dia tak guna pun duit anak dia.bagi dia cukupla kesusahan,penghinaan dan kepayahan membesar anak-anaknya dengan takde suami lagi dibalas dengan melihat anaknya besar dengan sihat dan berjaya.
aku ingat lagi pesan makcik tu pada aku dlu.." dik, kita ada bdn,tangan,fikiran..jadi kerjalah baik2 dengan jujur. jgn nak makan pun minta org.skali 2 kali orang bagi tapi tak selalu. dik belajarlah elok2 bantu ibu.."
pesan itu aku masih ingat lagi..
aku hanya nak berkongsi..sama2lah kita mendalami kisah dan pesannya..
tak kira la.. makcik ke pakcik ke, memang kewajipan kita untuk hormat org yang lebih tua..
coffeholic,
bercakap atau bisu?
ermm,,paradokiscm mungkin..
haha..
mapieceofart,
terima kasih..
dunia mmg penuh dengan ironisnya.
juga dengan epizeusisnya juga.kan?
faridwari,
wah, terharu aku membacanya.
ceritakanlah dekat blog kau farid.
pasti ramai yang tertarik untuk membacanya
azizulhafiz,
betul. tapi kalau sang ibu umurnya puluhan mungkin atau seumur dengan kita, bagaimana ya?
wah entri mengingatkan aku satu entri pada tahun 2001 yang aku tulis tentang seorang makcik pengemop lantai. entri sgt berkesan hingga bluehikari dinobatkan best weblog 2001. mgkin kena godek dalam arkib. lama sangat dah entri tu. cerita yg hampir sama dgn entri ini. benarlah....peristiwa dlm hidup ini berulang2.
rudy
rudy,
owh ya?
ermm..hidup mmg berulang2 kan walaupun tidak serupa sebenarnya..
terima kasih rudy..
Mak Cik tukang sapu...
kerja yang hina pada pandangan sesetengah golongan yang mementingkan pangkat dan darjat...
tapi ianya merupakan kerja yang sangat mulia sebenarnya...
mereka mencuci dan membersihkan saki-baki yang kita tinggalkan... yang kita sepahkan...
mereka tidak mengeluh... kerana itu punca rezeki mereka...
untuk menyuap mulut anak-anak mereka... untuk meneruskan kehidupan mereka...
aku seringkali sayu tiapkali melihat mereka...
sebab itu aku akan marah jika ada teman2 yang membuang sampah merata2...
ratna.
ha, kan?
tong sampah ada di merata-rata tempat pun tetap di biarkan kosong.
bagus sekali kamu ratna idora.
setuju dgn ratnakesuma. kerja cleaner ni mulia sebenarnya. sbb cari rezeki dgn cara yg halal walaupun tidak memberikan pulangan yg lumayan. rezeki yang halal lebih berkat.
sy yg berada jauh di rantauan pun bekerja sebagai cleaner sbb nk tampung hidup sbb kos sara hidup yang tinggi. bila kita bekerja mcm ni, kita lbh hargai dgn org2 yg dikatakan berada pada 'taraf rendah' ini.
ibu
jangan sekali kita pandang kerjanya
walaupun seorang pelacur
kenapa?
kerna dia yang melahirkan kita
membesarkan kita
mendidik
membimbing
dan kita?
berbalaskah jasanya pada kita?
sudah balas?
belum...
bukan belum
tidak dapat...
ia itu jawapannya...
sayangilah mereka selagi mereka ada
berikan kasih sayang
mereka tidak mengharapkan balasan wang ringgit
cuma kejayaan dan kasih sayang anaknya yang mereka perlukan
ingatlah...
bagaimana satu hari kita pulang
dia sudah tiada???
terampunkah dosa kita?
syurga?
neraka?
syurga ditelapak kaki ibu...kawanku...
fajar,
cekal hati kamu menjadi seperti pelajar.
orang alim ulama' mahu 'merendahkan diri' dengan cara membersih dan memberus tandas-tandas yang berada di surau ataupun masjid.
dengan cara itu, jiwa , jasad dan rohani kita hilang rasa angkuh dan bangga diri yang tidak di sukai Tuhan.
makcik sapu sampah sebenarnya seperti itu juga dan kamu juga.
tahniah fajar.
paDA mulanya aku sayu melihat mereka..
tapi sudah berubah..
aku bangga melihat mereka...
sepertimana aku melihat
jurutera
arkitek
serta
angkasawan
mereka bangga dengan mereka juga.
pakcik tukang sapu
darjatnya tinggi
kerana beliau seorang ayah
ahmad s.m yusof a.k.a wan chel,
benar kata-katamu. ibu tak terbalas jasanya. walau kaabah sekalipun kau hadiahkan padanya, belum tentu terbalas jasanya. terima kasih kepada ibu sedunia yang tidak membuang anak di jalanan.
Al-fatihah kepada ibu beliau(ahmad s.m yusof)
amer zaman,
ya, bangga melihat mereka juga.
mereka kuat mengangkat penyapu yang nilainya di bawah pada hakikatnya.
tahniah ibu semua dan penyapu sampah.
ahli jiwa,
ayahku sudah meninggal tapi dia tetap berjaya menjadikan anaknya seorang yang ada juga gunanya.
alhamdulillah.
al fatihah juga untuk Osman bin Daming.
Hari itu sedang asyik aku menulis dairi ku ditepi tangga. Tiba - tiba ada seorang makcik tukang sapu berdehem kepadaku.
Makcik : Ehem..Kamu ada masalah ye?
Aku : Tak ada la Makcik.
Makcik : Makcik tahu. Kenapa tulis
dalam dairi? Lepaskan
saja.
Aku : Erm..
Makcik : Tumpang lalu sikit. Makcik
nak sapu ni sayang
Aku : Eh, Makcik..Jangan
tumpang, lalu je..
Baik la Makcik tu..
bahasa jiwa ku,
ha'ah kan..
makcik tu mmg baik kan?
Mereka mesti terharu kerana ada yang masih nebghargai mereka seperti kalian.
"seperti kita"
cofeeholic,
betul.
ramai yang prihatin terhadap kepayahan mereka.
Post a Comment