Sudah lama aku tidak menulis di sini. Di blogos ini. Pasti kamu semua rindukan aku kan?
Tidak?
Tak mengapa. Aku tidak peduli pun.
Kamu semua tahu tentang salah satu mungkin teori yang di cipta oleh Jean Piaget?
Ia, teori tentang pemikiran kanak-kanak.
Sekejap, kita pergi kepada yang lain pula.
Emm, kamu suka menonton animasi kartun?
Pasti kamu ada kenangan dan rancangan kanak-kanak tersendiri yang diminati bukan?
Doraemon, Suri baja Hitam, Detektif Conan, Dragon Ball, Power Rangers, Kampung Boy, Cat Dog, Sponge Bob dan banyak lagi. Ini semua yang dapat aku ingatkan ketika ini.
Apa yang kamu dapat dari penontonan kartun kesukaan kamu? Adakah hiburan? Gelak ketawa?
Ha? Kesedihan? ...g.i.l.a...
Bagi kanak-kanak, kartun adalah rancangan televisyen yang paling diminati dan dinanti-nantikan setiap hari pada waktu pagi dan petang.
Kanak-kanak mempunyai empat fasa ketika hidupnya. Setiap fasa akan membezakan umur dan cara pemikiran mereka. Ini yang Jean Piaget katakan. Asasnya ia di panggil dengan nama Perkembangan Kognitif Piaget.
Baik, kita berbalik semula kepada kartun. Cerita kartun sebenarnya adalah salah satu ubat ataupun penawar kesedihan dan otak kanan. Ia dapat meningkatkan daya kreatif, imaginasi, ransangan bagi perasaan ceria, bahagia, dan keseronokan seseorang. Otak manusia biasanya akan lebih terdorong untuk melakukan sesuatu dengan keadaan dan perjalanan yang menghiburkan.
Kan?
Jadi apa yang ingin disampaikan sebenarnya adalah, manusia remaja, orang muda mahupun orang dewasa dan orang tua sangatlah elok untuk meluangkan masa menonton rancangan-rancangan kartun ini, selain daripada menonton Janji Diana ataupun Sembilu Kasih.
Ini kerana cerita kartun boleh mengurangkan sekurang-kurangnya sedikit stress dan dapat memberi satu ruang masa untuk otak merehatkan diri selain mendapat hiburan.
Panjangkan pembebelan ini?
Haha.
13 comments:
sampai sekarang coffeeholic suka
*doraemon
*shin chan
john,
bila dah ada anak nanti, setiap hari ahad, bersantai bersama anak2 tonton happy tree friends ya.
dan kemudian keluar makan sarapan di luar, pekena kopi dgn nasi lemak panas mesti kick.
dan pergi mandi air terjun.
atau ke pesta buku.
atau ke galeri seni.
atau ke air panchut klcc.
supaya masa mereka tidak terisi lebih dgn rakan2 dan supaya satu hari nanti mereka tidak persoalkan "abah, kenapa adik tak rasa family value dlm rumah ini?".
noktah.
boleh tahan la panjang die
neway
awk telah di tag oleh saya wahai encek john
:P
sila lihat blog sy ya....
Sudah lama aku tidak menulis di sini. Di blogos ini. Pasti kamu semua rindukan aku kan?
Tidak?
oh john..aku (baca kami) rindukan kamu..kartun dan stress mungkin ada benarnya bebelan Jean Piaget itu..tapi terkadang aku stress tau tgk kartun..(kartun favourite ku : animasi the justice league : aku suka batman juga x-man)
kadang kadang mereka suka kalah dulu baru menang..aku tak paham dan aku tak suka..kalau boleh menang dari mula..mengapa nak tunjuk lemah..aku stress bila mereka kalah!
Ninja boy
kartun dan fiksyen.
ada pemikir kata..
fiksyen adalah sesuatu yang real..
bukan kerana menceritakan tentang seekor naga yang terbang tetapi menceritakan lagi yang naga itu juga boleh dimakan!
ye..aku suka menonton kartun. barangkali itulah juga salah satu cara untuk aku mendapatkan inspirasi membuat cerita, skrip atau apae2 jenis karya yg aku selalu buat. hehe..
p/s: mahu jadi kanak2...
ya betul!!
suka kartun tp jarang tgk...
lepas ni kene la tgk selalu..
kartun mmg best!
sbb klu x logik, kt x mara sbb ia katun...
janji diana & sembillu kasih?
lebih kurg katun jek kot~
hyep sume,
jaja,
saya pun.
kartun beliau(penulis) memang untuk kanak-kanak tapi, jika dilihat betul2, itu adalah untuk pemikiran dewasa.
kan?
ahli jiwa,
keluarga bahagia pasti begitulah.
:)
emyl,
owh yeah,
insyaAllah nanti sempat saya tulis tag anda!
CPK,
haha.
kamu suka buat saya ketawa dan tersipu-sipu.
untuk sebenarnya untuk menjana pemikiran bernas kamu CPK.
neem,
selamat datang.
:)
terima kasih.
amer zaman,
berikan lagi pemikiran yang jauh itu.
haha, jom langkawi dan genting!!
mastikus,
owh yeah,
harap mastikus akan jadi penulis yang mampu membuat anjakan pemikiran yang lebih mantap dalam dunia penulisan!
nicegirlz,
selamat datang.
ha, betul itu.
kartun juga dapat menghapuskan tangisan dan ketawa pasti akan kembali semula.
armada ungu,
selamat datang.
hurm,,
sinis kata-katamu.
tapi aku suka.
;)
dahlama tak tgk kartunis jepun melakar.
suara shin chan semakin garau
penatnya dunia.
aku tidak mahu komen apa..
cuma...
aku rindu kamu...
hahaha
jaja,
ia kan,
walau buruk tapi emosi sampai pada kita.
wan,
kau rindu aku??
haha.
emm,,,mekasih.
Post a Comment