Wanita dan pemimpin.
Yang mana satu menjadi pilihan anda?
Kalau aku pastinya wanita sebab..
Wanita lagi asyik dari pemimpin bukan?
Tapi kepeningan melayankan mereka berdua sama paras.
Sekejap. ini untuk pemimpin.
duduk diam di tanya
duduk tegak gila katanya
apa aku ada politik dengan dunia
ataupun aku raja dalam gudang besar.
bom tangan untuk gebrek atasan
bunga api menjadi kiasan
mana ada penjenayah dalam politik
politik itu katakan suci sifatnya kononnya.
satu hari kita perlu dengar
siapa menteri kuasa dunia
siapa menteri goyang-goyang saja
siapa menteri yang renovet agama
siapa saja cuma baik tipunya.
anak murid bak semut di litar
mahu keluar di taburnya pasir halus
tergelongsor semula dalam durjana
tutup muka, tapi senyum lebar.
tok kuat buat biasa-biasa
yang salah lokap kan ada
penuh lokap dengan muslim muslimah
penuh tok kuat dengan dosa.
ya, biarlah dunia kini berbongkok
sembunyikan semua keburukan dan ketololan
ketololan tok-tok yang kuat kuasanya
yang bisa bina satu tangan lagi jadi tuhan.
Anda faham?
Mengerti atau keliru?
Tidak mengapa lah..
Di akhirnya pasti terkucil juga mereka-mereka.
Dan ini untuk wanita..
eh,,
Aku ada hal la.
Sambung nanti ya.
Jumpa lagi.
5 comments:
aku gerun nak jadi pemimpin,
berat betul beban nak pikul
kalau aku, dua2 pun aku tak nak. hahaha..sebabnya? pemimpin, asyik bergaduh je sekarang. perempuan, sebab aku straight! hahahaha...
cik jaja,
lagi gerun kalau jadi pemimpin pakai lampin.
;)
mastikus,
haha,
aku tahu.
kamu kan ayu.
hehe
betul- diri sendiri pon tak betul lagi nak jadi pemimpin. ASTAGHFIRULLAHALAZIM....
pemimpin... kalau tidak menjalankan dgn sempurna, di Akhirat sana kita kan ditanya...
sudah merasa sekali.... serik...!
senario skrg ni pulak, pemimpin bersandiwara jadi tontonan rakyat... bila yang di atas sibuk bergaduh, siapa pulak nak tolong pecah kepala fikirkan masalah rempit, gejala sosial, pelacuran, dadah, buang bayi... bla bla dan bla lagi... (huh... emosi abis ni..!)
Post a Comment