Di sini bukan tempat untuk aku, kau, dia, kita, kamu dan mereka mencaci maki sesuka jari. tapi untuk aku, jangan dipertikaikan. tolong timbulkan kesedaran bahawa aku punyai rasa yang sensitif tentang beberapa perkara. jadi jangan minta dan berikan perkara-perkara tersebut. tapi kalau dari aku, jangan dipertikaikan. sekian.

kegagalan : aku gagal meminta kebenaran untuk gambar-gambar yang digunakan.




Friday, December 4, 2009

sepotong roti dan setengah cawan teh.

melawan adat yang telah didirikan dari dahulu lagi. dikatakan kita pengkhianat adat istiadat. relevannya?

Thursday, December 3, 2009

Baru

baru adalah satu perkataan yang sinonim dengan cantik, berkilat, trend@stylo, dan sebagainya.
ia juga boleh dikaitkan dengan Kampung Baru pun nasi lemak Kg Baru.

ini tiada kaitan dengan kau yang sedang membaca. ini berkaitan dengan jasad di belakang kau itu. tak percaya pandang belakang, tengok ada siapa.

diam, tidak memandang, tidak melayan, ada sebab semua itu berlaku. mungkin kau tidak akan pernah faham tentang manusia atau pun kau masih lagi mempelajari jenis bagaimanakah manusia ini. sama seperti aku, aku juga sedang belajar siapa aku.

baru, baru kau mengertikan bagaimana jadinya.

Tuesday, October 6, 2009

harapan jangan.

jangan beri harapan tapi mengharapkanlah.

jangan beri pandangan tapi pandanglah.

Friday, July 17, 2009

kesimpulannya.

yah, keadilan dunia memang terlalu adil.

terima kasih tuhan dan jangan berterima kasih tuhan.

kesimpulannya, tiada kekuatan.

Wednesday, July 1, 2009

..........

kenapa manusia suka berfikir namun suka juga bercakap perkara yang sama walaupun dia banyak berfikir? faham?kalau tidak, abaikan.

sekarang, dan kini di hadapan aku ada seseorang yang sedang bercakap dengan seseorang lagi. apa yang dia bualkan (bagi aku) hampir 5 kali sudah dia bualkan sebelum ini.

aku tidak kisah jika dia ingin berdakwah benda yang baik dan bermoral. masalahnya dia meluahkan perkara yang ada seseorang tu cakap, "buat aku muntah darah".

aku juga tidak kisah dalam beberapa hal yang lain. contohnya jika kekasih hatiku keluar menghabiskan masa dengan orang lain. tapi dalam hati tetap ada perasaan ingin maki dan hamun la.

dah, aku tak tahu nak tulis apa. bye

Thursday, June 18, 2009

satu hari Band itu

moga suatu hari nanti, itu akan menjadi kenyataan dan rangsangan dunia.

Tuesday, June 16, 2009

Terpesona - Terpedaya

"Nd, cuba kita ingat balik masa dulu-dulu"

Aku cuba nak ingat balik. Tapi kalau ingat balik, rasa macam nak jatuh longlai. Memang aku kalah kali ini.

Monday, June 15, 2009

perasaan lelaki.

hari ini dalam virus.

virus apakah yang sedang melanda kami? tapi, tidak mungkin. ah, apa yang ingin lagi dipertikaikan? tidak terang lagi menyuluh kah situasi kini? penuh dengan persoalan. tidak kira apa jua persoalan. belajar, kerja atau cinta. ah.

bullshit ataupun perasaan fuck it up. semua sama. dia cuba sama kan kita semua tapi dia sendiri tidak sedar apa yang sedang dia lakukan.

jangan cuba sebarkan virus ini. ini virus yang paling bahaya. siapa yang terkena, pasti tidak akan terlepas dari kesakitan virus itu.

tak mengapa. kita teruskan sahaja kehidupan ini walaupun di landa virus.

virus c***i.

Friday, May 8, 2009

malaysian friday.

sepetag selepas waktu solat jumaat. riuh rendah di satu bilik tempat aku pratikal kalau plan hari ini jadi seperti yang dijangkakan. haha. itu je yang boleh aku keluarkan selepas penat-penat aku bungkus baju semua, datang je opis bos cakap projek cancel. keji.

Monday, April 27, 2009

dan sebenarnya

Semalaman aku bersama angin bertiduran. Menghayati irama mimpi yang semakin menipu aku. Tentang bayang-bayang dan panorama indah. 3 kali mimpi aku menguis-nguis kisah lama. Kau tahu, sambil mendengar lagu yuna dan sebenarnya, faizal tahir bercinta dan pretty ugly bidadari, aku menutup mata sambil berkata,

"celaka punya mimpi. jangan ganggu aku lagi."

lepas itu, aku cuba pula nyanyi bersama Sony Ericsson K660i seperti ini. Cuba ikut Yuna bernyanyi,

Siapa yang berjalan disebelahku
sambil berpimpin tangan
memandang ke langit biru

dia memercik air jatuh ke kelopak bunga
dan berkata aku ingin jadi milik kamu

berkedip hati berbunga-bunga
menerawang segala rasa-rasa
sehingga suatu masa kau berkata semula

cinta, aku benci pada cinta
cinta cemburu melulu-lulu
tiada rasa lagi kasih kelopak bunga
oh sedihnya

aku bagai menulis tanpa rasa
menangis tanpa irama.


p/s: ada kawan aku duduk sorang2 kat rumah dia. tapi aku takut nak ajak makan sama2 sebab nanti kang ada yang buat gosip. haha.